Translate

31/08/2015

RAKYAT MALAYSIA KHASNYA ORANG MELAYU PERLU BERFIKIR TINDAK TANDUK DAP KETIKA INI !!!

DAP Nyata Biadap Kuasai Bersih 4.0 Serlah Agenda Zionis
SECARA kebetulan jika dilihat hanya akhbar berbahasa Cina yang begitu galak mempromosikan perhimpunan haram Bersih 4.0 dengan memainkan berita daripada penganjurnya itu secara meluas dan besar-besaran.
Langkah Pas bertegas memulaukan demonstrasi jalanan tiada permit itu nyata memberi kesan besar sehingga memaksa DAP mengambil alih peranan sebagai penganjur utama himpunan selama dua hari Bersih kali ini.

30/08/2015

BERSIH 4 MEMBAWA SIAL KEPADA NEGARA ATAU PENGANJUR/PENGIKUT ???


KOMUNIS CINA DAP PIJAK KEPALA 

TUAN GURU HJ HADI DAN PERDANA MENTERI. ADA KAH INI PERLU DIBIARKAN ???


ANEH dan pelik… sudah diberi amaran berkali-kali bahawa himpunan Bersih 4.0 adalah haram dan tidak berdaftar, masih ada juga golongan yang memekakkan telinga membenarkan diri dieksploitasi dengan menyokong dakyah menjatuhkan kerajaan.
Lebih parah, ramai mengangkat diri mereka sebagai sebagai wira tidak berdendang yang sanggup berkorban apa sahaja hatta nyawa dan harta dalam menyertai demokrasi jalanan kononnya untuk menuntut perjalanan pilihan raya bersih dan adil.

24/08/2015

LEPAS SATU, SATU TIMBUL, APA NI NAJIB ????

Bekas Tim. Cawangan Khas 1 sedia hadapi risiko.  SPRM dan selesai timbul yang ini pulak ?

DAMANSARA - "Saya dengan nama ALLAH tidak akan berkompromi prinsip berani kerana benar dan akan bekerja penuh amanah dan tanggungjawab," demikian luahan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador mengenai pendedahan berisiko beliau terhadap kepincangan yang berlaku kini.

Katanya, beliau akan sentiasa 'membuka mulut' termasuk berdepan dengan risiko berat akibat daripada perbuatan beliau tersebut.

"Saya akan terus buka mulut. Bukan untuk diri saya, saya sekarang ini berhadapan dengan risiko berat sebab tiada seorang pun yang berani berbuat demikian.

21/08/2015

BERSIH 4.0 BERTUJUAN UNTUK MENGULINGKAN KERAJAAN ???

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL SEBELUM BERSIH 4.0 MENGAMBIL TEMPAT.

KUALA LUMPUR, 20 Ogos“Kenapa tidak mahu ikut nasihat DBKL anjur Bersih 4 selepas hari merdeka?”

Itu adalah persoalan yang ditujukan kepada penganjur himpunan Bersih 4 oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Menurutnya, pihak berkuasa tidak membenarkan Bersih 4 dianjurkan pada tarikh yang sama dengan sambutan hari kemerdekaan negara ke-58 pada akhir bulan ini adalah disebabkan faktor keselamatan.

20/08/2015

APA JADI DAH ? Sepasang pengantin yang baharu sahaja bernikah menunaikan solat sunat ‘bersama’

RIUH jadinya apabila sebuah gambar memaparkan sepasang pengantin yang baharu sahaja bernikah menunaikan solat sunat ‘bersama’ mendapat kritikan hebat daripada pengguna media sosial tempatan.
Gambar itu mencetuskan pelbagai reaksi akibat kesalahan yang ditunjukkan adalah amat jelas di mana posisi atau kedudukan makmum iaitu si pengantin perempuan yang dikatakan kurang tepat dari segi syarak.
Selain itu potongan gaun pengantin perempun yang digunakan untuk bersolat juga adalah agak ketat sehingga memaparkan jelas bentuk tubuh pinggulnya sendiri apatah lagi terbuka dipandang bukan muhrim.
Memang memakai telekung bukan benda wajib, namun bagi wanita, pakaian untuk solat mestilah longgar dan tidak menampakkan secara nyata rupa bentuk tubuh badan demi mengelakkan bahaya ‘fitnah’ mata.
Sumber: KLIK DISINI

17/08/2015

PEMIMPIN UMNO HINGGA KE AKAR UMBI MASIH KHAYAL DIBUAI MIMPI NGERI

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mahu tumpuan diberikan terhadap usaha ‘meremajakan’ UMNO kerana majoriti pengundi merupakan golongan muda.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu berkata langkah itu penting bagi menarik minat orang muda untuk menyertai perjuangan UMNO selain memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

11/08/2015

AIR DI PARAS HIDUNG BARU NAK INGAT "KEYBOARD WARRIORS"

Umno perlu lahirkan ramai 'keyboard warriors' untuk menyelamatkan masalah peribadi atau ????

PASIR GUDANG - Umno perlu melahirkan lebih ramai 'keyboard warriors' dalam menangkis tohmahan dan fitnah ke atas kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui kewujudan media sosial ini mewujudkan satu pembentukan minda persepsi mengatasi realiti.

"Saya tidak menafikan ruang siber adalah medan paling penting masa kini,  ia tidak lagi menjadi medan fizikal iaitu face to face (bersemuka) komunikasi sebab itu kita perlu wujudkan lebih ramai apa yang saya sifatkan keyboard warrior.

"Pembangkang tidak perlu berbuat apa-apa, sebaliknya hanya perlu menimbulkan keraguan dan persoalan diminda rakyat sudah cukup menghancurkan Umno dan Barisan Nasional," katanya Umno Bahagian Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Mawar, di sini, hari ini.

Sumber: KLIK DISINI

09/08/2015

CAKAP TAK SERUPA BIKIN SERTA MEMPERBODOH-BODOHKAN RAKYAT MALAYSIA ???


Tiada Tindakan Ke Atas Pegawai SPRM Disiasat Polis Zahid
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tiada sebarang tindakan lanjut terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diambil keterangan berhubung kebocoran kertas draf pertuduhan ke atas SRC International.
Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan yang diambil pihak polis ketika ini hanyalah mengambil keterangan dan jika ada penahanan dilakukan, ia hanya membabitkan prosedur operasi standard (SOP) siasatan polis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...