RIUH jadinya apabila sebuah
gambar memaparkan sepasang pengantin yang baharu sahaja bernikah menunaikan
solat sunat ‘bersama’ mendapat kritikan hebat daripada pengguna media sosial
tempatan.
Gambar itu
mencetuskan pelbagai reaksi akibat kesalahan yang ditunjukkan adalah amat
jelas di mana posisi atau kedudukan makmum iaitu si pengantin perempuan
yang dikatakan kurang tepat dari segi syarak.
Selain itu
potongan gaun pengantin perempun yang digunakan untuk bersolat juga adalah agak
ketat sehingga memaparkan jelas bentuk tubuh pinggulnya sendiri apatah lagi
terbuka dipandang bukan muhrim.
Memang
memakai telekung bukan benda wajib, namun bagi wanita, pakaian untuk solat
mestilah longgar dan tidak menampakkan secara nyata rupa bentuk tubuh badan
demi mengelakkan bahaya ‘fitnah’ mata.
Sumber: KLIK DISINI