Translate

21/08/2015

BERSIH 4.0 BERTUJUAN UNTUK MENGULINGKAN KERAJAAN ???

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL SEBELUM BERSIH 4.0 MENGAMBIL TEMPAT.

KUALA LUMPUR, 20 Ogos“Kenapa tidak mahu ikut nasihat DBKL anjur Bersih 4 selepas hari merdeka?”

Itu adalah persoalan yang ditujukan kepada penganjur himpunan Bersih 4 oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Menurutnya, pihak berkuasa tidak membenarkan Bersih 4 dianjurkan pada tarikh yang sama dengan sambutan hari kemerdekaan negara ke-58 pada akhir bulan ini adalah disebabkan faktor keselamatan.


“Persiapan dibuat beberapa hari sebelum sambutan hari kemerdekaan seperti rehersal, jika Bersih 4 tetap diadakan di tempat yang sama akan mengakibatkan persiapan terjejas dan juga melibatkan belanja yang besar dengan kos yang perlu ditanggung kerajaan,” katanya selepas menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 150 bekas polis dalam satu majlis penganugerahan hari ini.

Jelas Nur Jazlan, tiada pihak berkuasa di dalam dunia ini yang begitu bertolak ansur seperti di negara ini.

“Di negara lain pihak yang menjalankan demonstrasi mengikut cara yang ditetapkan oleh polis maka ikutlah peraturan yang ada,” ujarnya.

Nur Jazlan turut berpendapat bahawa rakyat Malaysia sememangnya bersemangat patriotik tetapi bukan dengan menyertai himpunan Bersih 4 yang lebih membawa kepada keburukan daripada kebaikan.

Terdahulu, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengajak Nur Jazlan untuk turut sama menyertai perhimpunan Bersih 4 yang dijadual berlangsung pada 29 dan 30 Ogos depan.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, Nur Jazlan sebelum ini dilaporkan mengatakan bahawa kerajaan tiada masalah dengan perhimpunan aman tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...