Translate

31/01/2015

Terjemahan papan tanda ‘luar biasa’ dan memalukan


KUALA TERENGGANU, 30 Januari: Papan tanda melarang orang ramai mandi manda di beberapa kawasan pantai peranginan yang bahaya, memang biasa.

Tetapi, apa yang luar biasa bagi satu papan tanda di Kuala Terengganu ini adalah terdapat kesalahan nyata dalam terjemahan bahasa inggeris.

“Kawasan ini tidak selamat untuk mandi dan berenang”, telah diterjemah sebagai “This region did not survive to bathe or swim”.

30/01/2015

Suami boleh merotan isteri, dengan niat untuk mendidik ???


WANITA MCA MENCAMPURI URUSAN AGAMA ISLAM ??

Wanita MCA mahu pihak berkuasa menyiasat kenyataan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid baru-baru ini yang menyatakan suami boleh merotan isteri, dengan niat untuk mendidik.

Ketua Wanitanya, Datuk Heng Seai Kie berkata, kenyataan itu seperti menggalakkan dan menyokong keganasan terhadap wanita serta kanak-kanak, selain melanggar Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).

Menurut Heng, beliau tidak berhasrat mencampuri urusan agama Islam, tetapi beliau menolak hukuman secara fizikal, seperti merotan isteri, walaupun dengan niat untuk mendidik.

29/01/2015

PANAS: 10 ARTIS WANITA POPULAR JADI PENEMAN VVIP ???

Gambar hiasan
Polis Bukit Aman sedang memantau sekurang-kurangnya sepuluh artis wanita tempatan termasuk beberapa nama popular selepas risikan mendapati mereka terjebak dalam kegiatan tidak bermoral sebagai peneman golongan VVIP dengan menerima bayaran lumayan.

Berdasarkan siasatan mendapati beberapa artis popular serta pendatang baru meningkat naik mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu malam termasuk aksi di ranjang.

28/01/2015

Bangkai Tikus Dalam Sup Sayuran Di Restoran Terkenal Singapura


SINGAPURA – Awal bulan ini, warga Singapura gempar apabila Caron Chan, seorang pelanggan sebuah restoran makanan Cina terkenal di republik itu memuat naik menerusi laman Facebook mengenai bangkai tikus ditemui di dalam bekas sup sayuran.

Namun penyelia restoran Hotpot Culture di pusat beli-belah ternama, Marina Square di sini segera menafikan tuduhan itu dan mendakwa pelanggan mungkin terkhilaf apabila melihat bentuk sayur yang disangka menyerupai bangkai mamalia comel tersebut.

Ironi, akhbar tempatan The Straits Times melaporkan agensi alam sekitar kebangsaan (NEA) bertindak pantas mengarahkan restoran menu popular Tionghua itu ditutup ekoran aduan rasmi Caron yang terbukti kewujudan bangkai tikus tersebut memang benar.

27/01/2015

TIMBUL LAGI MASALAH NEGARA - SALAH SIAPA ???

Warga Pakistan monopoli perniagaan di Ayer Hitam - PENDATANG JADI TAUKE

Johor Bahru: Tidak sampai lima tahun dibuka, kawasan perniagaan di Bandar Baru Ayer Hitam, Kluang di sini, kini dimonopoli peniaga permaidani dan perhiasan rumah warga asing.

Jadi, tidak hairanlah penduduk setempat menggelar kawasan itu sebagai 'Little Pakistan'.

KETELUSAN MENGATASI SEGALA-GALANYA !!

JKDM catat sejarah kutip hasil RM35.19 bilion. 


PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memungut hasil berjumlah RM35.195 bilion tahun lalu, meningkat 5.8 peratus atau RM2.07 bilion berbanding tahun 2013, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad.
“Ini adalah angka tertinggi dalam sejarah Kastam. Ia hampir mencapai sasaran kita sebanyak 98 peratus bagi pungutan hasil tahun lalu," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia ke-33 di sini semalam.
Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

26/01/2015

DATUK ROHANI BUAT KERJA SYOK SENDIRI ???

Hukum ibu bapa rotan anak


KUALA LUMPUR: Wanita UMNO mendesak kerajaan meneliti dengan lebih mendalam serta tidak terburu-buru untuk menggubal rang undang-undang baharu yang antaranya memasukkan hukuman kepada ibu bapa yang merotan anak mereka.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pihaknya berharap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak yang berkepentingan seperti Persatuan Ibu Bapa, pakar psikologi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pakar yang berkenaan sebelum keputusan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 dibuat.

"Wanita UMNO mempertahankan hak kanak-kanak daripada sebarang bentuk penganiayaan, pengabaian, penderaan dan keganasan.

"Namun begitu, pindaan ini perlu diteliti dengan lebih mendalam serta meminta supaya pihak kerajaan tidak tergesa-gesa untuk menggubal rang undang-undang baharu yang bakal menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.


25/01/2015

JAKIM TAKUT ATAU SEBALIKNYA ???

Jakim Boleh Saman Eric Paulsen Kerana Menfitnah.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) boleh mempertimbang untuk menfailkan saman fitnah terhadap peguam Eric Paulsen yang mengeluarkan kenyataan menimbulkan kemarahan umat Islam berhubung Islam menerusi catatan Twitter miliknya.

Peguam kanan Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Jakim boleh menfailkan tindakan saman malu atau fitnah terhadap pembuat kata-kata fitnah itu kerana telah, dalam maksud lazim dan biasa, menuduh jabatan itu terlibat dengan aktiviti pengganas, keterlaluan dan membahayakan toleransi antara sesama kaum.

22/01/2015

Kerajaan patut kaji keberkesanan PLKN, Adakah ianya efektif atau tidak ??


KUALA LUMPUR: Kesan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diwujudkan sejak 2004 perlu dikaji semula untuk mengetahui keberkesanannya, kata penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar. 

Katanya, sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula program yang sudah 11 tahun ditubuhkan itu, sama ada ia benar-benar memberikan hasil yang memberangsangkan di kalangan generasi muda khususnya. 

Pada masa sama beliau setuju dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PLKN sesi tahun ini bagi menjimatkan RM400 juta dalam bajet kerajaan. 

"Saya setujulah PLKN ini ditangguh dan dikaji semula. Adakah ianya efektif atau tidak.

21/01/2015

Lebih 300 rakyat China jadikan Malaysia transit sertai IS selain daripada pelacuran ???


PUTRAJAYA: Lebih 300 rakyat China menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum ke negara ketiga dan seterusnya memasuki Syria dan Iraq untuk menyertai kumpulan militan IS, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Keselamatan Awam China Meng Hongwei dalam pertemuan mereka di pejabat Ahmad Zahid di sini, hari ini.

20/01/2015

BERITA LUAR BIASA > SALAHUDDIN GANTI HADI ?????


PETALING JAYA: Selepas mencadangkan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden PAS, bekas Exco Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff sekali lagi mencetuskan kontroversi membabitkan kerusi nombor satu itu.

Terbaharu, peguam muda PAS tersebu mencadangkan supaya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub diberi peluang menduduki jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Jun depan.

Cadangan itu sekaligus dilihat sebagai penolakan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang berada di hierarki tertinggi dalam parti selain dua lagi Naib Presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa.

19/01/2015

Visa percuma Pelacur meningkat ????


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa langkah itu diambil bagi memastikan sindiket pemerdagangan orang dapat dikawal.

KUALA LUMPUR, 18 Januari: Keputusan mengenai cadangan pemberian visa percuma (VFF) kepada pelancong dari China hanya akan diketahui pada Rabu ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang memaklumkan, jemaah menteri pada Jumaat lepas telah mengumumkan agar perangkaan satu memorandum bersama dibuat antara dua kementerian yang terlibat dengan penyediaan visa tersebut.

Dua kementerian itu ialah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut Nazri, langkah tersebut perlu dilihat secara positif kerana apa yang dimahukan pada Rabu ini adalah keputusan dan bukan lagi perbincangan bagi mencari baik dan buruk cadangan itu.

18/01/2015

BUKIT BESI: NAK TUNGGU TAHUN 2030 BANDAR BERSEJARAH ???


KETENGAH BANYAK PROJEK SYOK SENDIRI ??? 

PEGAWAI-PEGAWAI KETENGAH PUN PERLU DIROMBAK KESEMUANYA. APABILA DITEKAN BARU NAK BUAT. BERBAGAI ALASAN DIKEMUKAKAN BAGAI MELEPASKAN BATUK DITANGGA.

DUNGUN: Bandar Bukit Besi, yang suatu masa dahulu pernah menjadi tempat perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara, akan dijadikan bandar bersejarah dan dikenali sebagai Bukit Besi Bandar Bersejarah menjelang tahun 2030.

Justeru, kerajaan negeri Terengganu kini sedang mengorak langkah dengan membuat rangka pelan perancangan 15 tahun bagi membangunkan bandar bersejarah berkenaan.

17/01/2015

PAS Terengganu : Keluar Parti Jika Mahu Teruskan Agenda PasMa


KUALA LUMPUR: PAS Terengganu menggesa ADUN Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi meletakkan jawatan dan keluar parti sekiranya mahu meneruskan agenda Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) yang ditolak oleh parti Islam itu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu Saiful Bahri Mamat menegaskan tiada halangan untuk PasMa yang diterajui Phahrolrazi menjadi sebuah parti politik dalam negara yang mengamalkan demokrasi.
Namun beliau mengingatkan Pahrolrazi agar keluar daripada PAS dan jangan sesekali ‘bertenggek’ di atas perjuangan parti berteraskan Islam itu.
“PAS Pusat ada keputusan dah mengenai PasMa, kita ikut yang itu sahaja. Kita berpegang apa yang diputuskan oleh PAS Pusat itu.

16/01/2015

ADAKAH INI ALASAN UNTUK MENGUGURKAN HADI ??


Naib Ketua Ulama Dunia DAN menganggotai Majlis Syura Ulama ATAU menurut kemahuan KETUM dan LGE?

Bekas Exco Pemuda Pas Pusat mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.

Zulhazmi Shariff yang juga calon Ketua Pemuda Pas pada muktamar 2013 berkata, ini kerana Abdul Hadi menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti dan tidak wajar pada masa sama bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.

15/01/2015

MB KELANTAN MULA TUNJUK BELANG ??


KOTA BHARU 14 Jan. – Kerajaan Pas Kelantan sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya badan itu melakukan siasatan berhubung kewujudan aktiviti penerokaan tanah dan pembalakan haram di negeri ini sehingga dikatakan menjadi punca berlakunya ‘bah kuning’.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya memandang serius pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa mempunyai maklumat terperinci mengenai kegiatan pembalakan haram yang wujud di negeri ini.

“Sila... sila... (siasat), kita sedia ikut saluran undang-undang. Kita di Kelantan bersedia lebih dahulu lagi... bukan 24 jam... tapi 25 jam kita buka. Saya menghormati kenyataan menteri itu (Shahidan) dan kita ambil maklum apa yang dibangkitkan beliau,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

14/01/2015

Karikatur Nabi: Mufti Mesir beri amaran kepada Charlie Hebdo


KAHERAH: Mufti Besar Mesir memberi amaran kepada akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo supaya tidak menyiarkan karikatur terbaharu menghina Nabi Muhammad SAW kerana tindakan itu adalah rasis dan boleh mencetuskan kebencian serta mengguris perasaan umat Islam di seluruh dunia.Charlie Hebdo akan menyiarkan karikatur berkenaan di muka depan dalam edi

si pertamanya sejak serangan di pejabat akhbar mingguan itu Rabu lalu yang menyebabkan 12 orang terbunuh.

"Edisi ini akan menyebabkan gelombang baharu kebencian di Perancis dan masyarakat Barat amnya.... Ini adalah provokasi yang tidak wajar terhadap perasaan...umat Islam di seluruh dunia," kata Mufti Besar Mesir, Shawqi Allam, dalam satu kenyataan hari ini.

01/01/2015

PEJUANG FACEBOOK AKHIR ZAMAN ???








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...