Gambar hiasan |
Polis Bukit Aman
sedang memantau sekurang-kurangnya sepuluh artis wanita tempatan termasuk
beberapa nama popular selepas risikan mendapati mereka terjebak dalam kegiatan
tidak bermoral sebagai peneman golongan VVIP dengan menerima bayaran lumayan.
Berdasarkan siasatan
mendapati beberapa artis popular serta pendatang baru meningkat naik mengenakan
bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu malam termasuk aksi di
ranjang.
Menurut Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik
berkata, golongan artis berkenaan berada dalam radar pemantau pihaknya dan
mendapati terdapat antara artis itu sudah mendirikan rumah tangga.
“Berdasarkan maklumat risikan, kami
mendapati mereka mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 untuk
satu malam.
Bayaran bergantung kepada tahap
popular mereka, semakin popular, semakin mahal.
“Kebanyakan artis berkenaan
mengenakan khidmat orang tengah yang bertindak sebagai pengatur pertemuan
dengan VVIP,” ujarnya.
Beliau mengingatkan artis berkenaan
supaya jangan fikir mereka dikenali maka mereka boleh terlepas daripada
tindakan undang-undang.
Terdapat sumber mengatakan kebanyakan
artis wanita berkenaan menggunakan orang tengah untuk menyasarkan golongan
kenamaan bagi mengaturkan pertemuan penuh maksiat itu.
Orang tengah itu merupakan individu
yang berpengaruh dalam industri hiburan dan mengenali ramai kenamaan.
Roslee berkata, biarpun tidak boleh
mendedahkan siapa orang tengah itu buat masa ini, namun pihaknya mengetahui
setiap pergerakannya.
“Modus operandi orang tengah ini
sangat licik kerana hanya mengaturkan pertemuan antara artis itu dan pelanggan
serta memberitahu jumlah bayaran.
“Selebihnya, pelanggan akan berunding
sendiri dengan artis itu. Selalunya pertemuan dimulakan dengan menjamu selera
di restoran tertentu atau pelanggan akan membawa artis berkenaan ke bilik
karaoke,” ujarnya.
Sejurus selepas itu, katanya, artis berkenaan akan di bawa ke bilik hotel terkemuka kerana beranggapan lokasi itu selamat daripada serbuan. - Bernama
Sejurus selepas itu, katanya, artis berkenaan akan di bawa ke bilik hotel terkemuka kerana beranggapan lokasi itu selamat daripada serbuan. - Bernama