Translate

30/01/2015

Suami boleh merotan isteri, dengan niat untuk mendidik ???


WANITA MCA MENCAMPURI URUSAN AGAMA ISLAM ??

Wanita MCA mahu pihak berkuasa menyiasat kenyataan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid baru-baru ini yang menyatakan suami boleh merotan isteri, dengan niat untuk mendidik.

Ketua Wanitanya, Datuk Heng Seai Kie berkata, kenyataan itu seperti menggalakkan dan menyokong keganasan terhadap wanita serta kanak-kanak, selain melanggar Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).

Menurut Heng, beliau tidak berhasrat mencampuri urusan agama Islam, tetapi beliau menolak hukuman secara fizikal, seperti merotan isteri, walaupun dengan niat untuk mendidik.


“Walaupun wanita tersebut hanya seorang kawan dan tidak ada sebarang pertalian keluarga, tidak ada sebarang sebab untuk menghalalkan tindakan itu.

“Seorang lelaki tidak seharusnya melakukan keganasan terhadap wanita. Hanya pengecut sahaja yang bertindak sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, alasan untuk ‘mendidik’ isteri terlalu lemah dan terdedah kepada penyalahgunaan.

Perkahwinan bahagia memerlukan hubungan saling melengkapi antara suami serta isteri, dan tidak ada seorang pun layak mendominasi hubungan itu.

“Memperlakukan seorang isteri seperti haiwan yang memerlukan ‘latihan’, seperti sebat untuk menjalankan tugas, umpama melatih haiwan peliharaan untuk dipersembahkan di dalam zoo atau sarkas.

“Seorang isteri perlu mendapatkan perlindungan dalam keluarga, bukannya dipaksa hidup dalam ketakutan, disebabkan sering didera suami, atas alasan mendidik isterinya.

“Keadaan seperti itu merupakan satu penyeksaan mental dan ia merupakan satu lagi bentuk penyalahgunaan sehingga menyebabkan penderaan emosi,” ujarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...