KAHERAH:
Mufti Besar Mesir memberi amaran kepada akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo
supaya tidak menyiarkan karikatur terbaharu menghina Nabi Muhammad SAW kerana
tindakan itu adalah rasis dan boleh mencetuskan kebencian serta mengguris
perasaan umat Islam di seluruh dunia.Charlie Hebdo akan menyiarkan karikatur berkenaan di muka
depan dalam edi
si pertamanya sejak serangan di pejabat akhbar mingguan itu Rabu
lalu yang menyebabkan 12 orang terbunuh.
"Edisi ini akan menyebabkan gelombang baharu
kebencian di Perancis dan masyarakat Barat amnya.... Ini adalah provokasi yang
tidak wajar terhadap perasaan...umat Islam di seluruh dunia," kata Mufti
Besar Mesir, Shawqi Allam, dalam satu kenyataan hari ini.
Seramai 17 orang terbunuh dalam tempoh tiga hari keganasan
yang bermula apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di pejabat Charlie
Hebdo.
Berikutan peningkatan permintaan, Charlie Hebdo merancang
untuk mencetak tiga juta naskhah edisi itu, sekali gus mengatasi edaran biasa
sebanyak 60,000 naskhah.
Mufti Besar itu menyifatkan serangan terhadap Charlie
Hebdo sebagai "keganasan" manakala Al-Azhar menyifatkannya sebagai
perbuatan jenayah.
Pejabat Mufti Besar itu juga menggesa kerajaan Perancis
menolak apa yang disifatkan sebagai "perbuatan rasis" oleh Charlie
Hebdo dan mendakwa akhbar itu cuba mencetuskan "persengketaan agama...dan
meningkatkan kebencian".
Muka depan edisi 14 Januari akhbar itu menunjukkan
karikatur yang berlinangan air mata sambil memegang tanda "Je suis
Charlie" ("Saya Charlie") di bawah tajuk "Tout est
pardonne" ("Semuanya diampunkan"). - Reuters