IPOH, 27
November: Bekas Ketua
Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman menerima keputusan
pemecatannya daripada parti dengan lapang dada dan hati terbuka serta yakin ada
hikmah di sebalik ketentuan Allah itu.
“Saya masih
berjiwa Umno walaupun dipecat daripada parti kerana saya telah bersama dengan
Umno selama hampir 33 tahun. Banyak onar dan duri yang telah saya tempuhi. Umno
sudah sebati dalam jiwa saya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Hamidah, yang
dipecat daripada Umno pada Selasa kerana melanggar disiplin parti, berkata
perjuangan dalam karier politiknya tidak akan berakhir setakat itu dan akan
tetap diteruskan demi rakyat serta negara.