JKDM catat sejarah kutip hasil RM35.19 bilion.
PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(JKDM) memungut hasil berjumlah RM35.195 bilion tahun lalu, meningkat 5.8
peratus atau RM2.07 bilion berbanding tahun 2013, kata Ketua Pengarahnya, Datuk
Seri Khazali Ahmad.
“Ini adalah angka tertinggi dalam sejarah
Kastam. Ia hampir mencapai sasaran kita sebanyak 98 peratus bagi pungutan hasil
tahun lalu," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia
ke-33 di sini semalam.
Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk
Seri Ahmad Husni Hanadzlah.