Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan
bahawa langkah itu diambil bagi memastikan sindiket pemerdagangan
orang dapat dikawal.
KUALA LUMPUR, 18 Januari: Keputusan mengenai cadangan
pemberian visa percuma (VFF) kepada pelancong dari China hanya akan diketahui
pada Rabu ini.
Perkara itu
dinyatakan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri
Abdul Aziz yang memaklumkan, jemaah menteri pada Jumaat lepas telah mengumumkan
agar perangkaan satu memorandum bersama dibuat antara dua kementerian yang
terlibat dengan penyediaan visa tersebut.
Dua
kementerian itu ialah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan
Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menurut
Nazri, langkah tersebut perlu dilihat secara positif kerana apa yang dimahukan
pada Rabu ini adalah keputusan dan bukan lagi perbincangan bagi mencari baik
dan buruk cadangan itu.