SHAH ALAM, 18 Februari - Dua dituduh termasuk seorang Deputy Superitendant Polis (DSP) di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini hari ini membabitkan kesalahan meminta dan menerima suapan.
Nik Azainoon Nik Aziz, 52 dituduh melakukan dua kesalahan di bawah Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan satu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (ASPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) Akta yang sama membabitkan suapan berjumlah RM 21,000.
Pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah secara rasuah bersetuju untuk menerima suapan RM 10,000 pada 5 November 2008 jam 9.30 malam di sebuah restoran di Ampang Selangor.
Pertuduhan kedua tertuduh didakwa bersubahat dengan Roslan Jali untuk secara rasuah menyetuju terima suapan wang tunai RM 4,000 di antara 6 hingga 30 November 2008 di sebuah restoran di Ampang Selangor.
Manakala pada 4 Februari 2009 di Restoran A & W Bandar Baru Petaling Jaya, Selangor tertuduh didakwa telah bersubahat dengan Roslan Jali untuk secara rasuah menyetuju terima RM 7,000.
Kesemua suapan tersebut diterima daripada Che Ayub Senik untuk menghilangkan rekod kesalahan jenayah Che Ayub yang telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kegiatan black money.
Pihak pendakwaan SPRM yang diwakili Pegawai Pendakwa Sukri Seman memohon wang jaminan sebanyak RM 5,000 bagi setiap kesalahan.