Translate

02/03/2014

KEJAR SAMPAI DAPAT ZAHID, MASALAH YANG MENGHANTUI RAKYAT MALAYSIA

KDN, PBT pantau premis pekerja PATI

Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminta kerjasama semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara supaya memantau dan mengawal kelulusan lesen premis perniagaan termasuk pusat hiburan bagi mengelak berlaku penyelewengan oleh warga tempatan yang menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk mengaut keuntungan mudah.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya tidak mahu semua tanggungjawab terutama tindakan penguatkuasaan diserahkan kepada kementerian itu semata-mata.
"Akta Imigresen sedia ada hanya memfokuskan kepada PATI manakala kesalahan membabitkan majikan lebih kepada kuasa PBT.


"Hentikan daripada memberi lesen kepada mereka. Ia tiada kaitan dengan isu politik kerana apa yang penting ialah keselamatan negara," katanya pada sidang media selepas tamat Ops 6P Fasa Kedua yang bermula jam 7 malam, di sekitar bandaraya ini, sebentar tadi.

Dalam operasi bersepadu lebih dua jam diketuai Jabatan Imigresen di Jalan Silang, Puduraya dan Jalan Petaling itu, seramai 190 PATI dan tiga pemilik premis ditahan untuk tindakan lanjut.


Menurut beliau, majikan atau pengusaha premis dinasihatkan menjalankan perniagaan sendiri dan tidak menyewakannya kepada warga asing bagi mengelak dikenakan tindakan.

Kata Ahmad Zahid, operasi itu akan dijalankan secara berterusan di seluruh negara termasuk memfokuskan kepada premis perniagaan dan pusat hiburan yang menggaji warga asing tanpa mengikuti undang-undang ditetapkan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...