KUALA LUMPUR – “Ayam berkokok berderai derai,
ekor sendiri bergelumang tahi,” kata
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS, Syed Ahmad Fadhli.
Beliau
menujukan kata-kata itu ke atas pemimpin Pakatan Harapan, Datuk Raja Kamarul
Bahrin Shah yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Amanah Negara (PAN).
Menurut
beliau, Raja Kamarul sejak menyertai PAN menyerang PAS dalam pelbagai isu tanpa
menyedari kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu dimenangi
atas tiket PAS pada tahun 2013.
Katanya,
terbaru pemimpin Pakatan Harapan itu mendakwa isu kekejaman ke atas etnik
muslim Rohingya yang diperjuangkan secara bersama oleh PAS dan UMNO dalam satu
perhimpunan baru-baru ini kononnya telah lama diperjuangkan oleh beliau.

