Translate

29/08/2012

Mursyidul Am Pas yang sombong dan ego ??

Nik Aziz kecam Harussani
Nik Aziz: Semuka, tak payah guna surat (Buang masa saje berbincang isu Hudud dengan Mursyidul yang sombong)

KOTA BHARU - “Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian luahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda
Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

SUARAM PERLU DIHARAMKAN SEGERA

SUARAM Dedah Sumber Pembiayaannya


KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pengarah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Kua Kia Soong mendedahkan bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menerima dana dari negara asing dan individu di seluruh negara.

Beliau berkata Suaram, NGO hak asasi manusia, kini dibiayai beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Finland dan Kanada dan beberapa negeri di Malaysia selain sumbangan daripada individu.

Bagaimanapun, Kua yang mempertahankan mengenai isu pembiayaan itu merahsiakan jumlah yang diterima SUARAM sehingga hari ini serta penyumbang dana dan penaja utama.

Mengikut jejak bos ???

Pemimpin kanan parti pembangkang dan anak ditahan kes sumbang mahram

Gempar… memang gempar apabila kebanyakan media massa menyiarkan berita penahanan seorang lelaki dewasa yang juga  adalah pemimpin sebuah parti politik dan anak lelakinya, berikutan seorang anak perempuan lelaki terbabit yang baru berusia 15 tahun telah melahirkan bayi lelaki.

Si anak perempuan baru sahaja berusia 15 tahun, panjang lagi perjalanan yang perlu ditempuhi, malangnya diusia sebegitu muda dah menjadi ibu muda tanpa suami.

28/08/2012

MAT SABU BUAT HAL LAGI....


Keluarga Tun Ghafar gesa Mat Sabu tarik balik kenyataan
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Keluarga bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba menggesa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, agar menarik balik kenyataannya yang mengatakan bekas pejuang bangsa itu akan menuruti langkah anaknya, Tamrin Ghafar, yang menyertai PAS sekiranya beliau masih hidup.
Kenyataan itu dikeluarkan Mohamad, atau lebih dikenali dengan Mat Sabu (foto fail), ketika memberikan ceramah anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Kampung Bukit Katil, Melaka, pada 12 Ogos lalu, dan turut boleh diperolehi dalam laman blog bertajuk “Jika Tun Ghafar Umur Panjang, Dia Pun Masuk PAS”.

27/08/2012

Cukup-cukup lah HADI menipu rakyat Malaysia dan perlu bertaubat sebelum terlambat


Hadi Cuba Tipu Rakyat Tentang Sejarah Hudud PAS?


Saya fikir, hanya Mahfuz saja yang sukar untuk dibezakan sifatnya dengan keldai atau baghal, rupanya Presiden PAS, Hj Hadi Awang juga tidak terkecuali dari kategori tersebut berdasarkan kenyataannya yang terkini mengenai perlaksanaan hudud di negara ini.

Terbaru, Hadi semalam menyatakan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud mengikut acuan demokrasi yang wujud di negara ini.

Katanya PAS sudah lama cuba memperkenalkan perlaksanaan hukum hudud di dalam sistem perundangan negara melalui Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

Presiden PAS itu bagaimanapun tidak rasa pelik dengan tentangan dari DAP untuk melaksanakan hudud berbanding UMNO yang kononnya “menolak” perlaksanaan hukum berkenaan di dalam sistem perundangan syariah di negara ini.

26/08/2012

PEMIMPIN PAS TAKUT NAK PECAT NASARUDIN MAT ISA

AIDCNews – 25/08/12 – Adakah Pas akan memecat bekas Timbalan Presiden partinya, Nasharudin Mat Isa ? Krew media Isma cuba mendapat jawapan daripada salah seorang ahli jawatankuasa Pas pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, namun beliau enggan mengulas.
“Tiada Komen,” katanya ringkas. Jawapan sama turut diberikan ketika diminta pandangan akar umbi yang mendakwa Pas kini sedang diperkotakkatikkan oleh DAP.
14 Ogos lalu, Nasharuddin Mat Isa meminta pucuk pimpinan Pas menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung penolakan secara konsisten DAP dan Pengerusinya, Karpal Singh terhadap cita-cita menubuhkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atau keluar segera daripada pakatan pembangkang.

DAP Bukan Parti Untuk Orang Melayu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SeriDatuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan parti pembangkang DAP tidak mewakili semua kaum di Malaysia sebaliknya lebih mewakili bukan Melayu.
Sehubungan itu, orang Melayu yang telah menyertai parti politik itu katanya, perlu sedar mereka tidak mempunyai sebarang peranan penting dalam parti yang diterajui oleh bukan Melayu.
“Orang Melayu dalam DAP memang tiada apa -apa fungsi dan saya harap mereka sedar.
“Saya rasa mereka tidak perlu berfikir panjang atau lebih mendalam kerana hakikatnya parti DAP bukan untuk orang Melayu,” katanya.

'Malaysia negara terbaik, pemimpin utamakan keselamatan rakyat'

IPOH 24 Ogos - Pelajar Malaysia di Syria, Mohd. Syafie Ahmad Shafawi, pernah mengagumi negara itu yang bukan sahaja memiliki pemandangan cantik tetapi juga dilimpahi nikmat keamanan dan kemakmuran ekonomi.

Bagaimanapun, segala-galanya berubah akibat pergolakan politik yang berlaku sehingga menyebabkan kesengsaraan rakyat apabila ribuan nyawa terkorban atau menjadi pelarian manakala ekonominya pula jatuh merudum.

Bagi Mohd. Syafie, 27, pengalaman merasai sendiri keperitan hidup ketika pergolakan di Syria menyebabkan dia kini lebih menghargai negara sendiri.

Apabila berhadapan dengan keadaan itu, katanya, dia tidak perlu berfikir panjang untuk mengakui Malaysia adalah negara terbaik baginya.

''Di sana pemandangan memang cantik tetapi tiada makna apabila mereka berperang sesama sendiri sehingga sanggup membunuh.

''Malaysia pula berlainan kerana kita mempunyai pemimpin berkaliber dan sentiasa mengambil berat serta meletakkan keselamatan rakyat di tangga teratas," katanya.

25/08/2012

Cubaan terbaru membohongi rakyat -PAS antara Rukun Islam!

BERULANGKALI  kita lihat dan dengar pengakuan atau perbualan dari ahli dan penyokong PAS yang mendabik dada menjulang parti itu sebagai parti Islam, berjiwa Islam dan pejuang Islam yang tujuan serta asas juangnya adalah demi agama Islam.

Sesetengahnya yang terlebih taksub pula beriktikad dan percaya sepenuhnya yang parti PAS itu adalah Islam dan Islam itu pula adalah PAS, dua perkara yang sebenarnya berbeza tetapi dianggap sama saja.

Beza antara parti politik dengan agama langsung tidak terfikir oleh akal mereka kerana terpesong fahaman bila mana menyalahtafsir kenyataan yang menyebut "politik itu sebahagian dari agama".

Tanpa fikir panjang dek kerana akal hanya sejengkal maka yang difahaminya ialah PAS itulah sebahagian dari agama ataupun sudah dianggap PAS itu setaraf dengan agama Islam.

24/08/2012

Ya Allah Kau tunjukkan sesuatu kepada ANAK YANG DERHAKA


Mak Tom Kecewa Azmin Tidak Balik Beraya Lagi

AIDCNews – 21/08/12 – Seperti diduga, Azmin Ali tidak pulang menjenguk ibunya, Mak Tom Yahaya, 79 tahun pada Aidilfitri kali ini.
“Saya sangat kecewa dengan sikapnya,” kata Che Tom ketika ditemui Utusan Malaysia.
Malah, katanya, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR langsung tidak pernah balik ke rumah untuk bertanya khabar apatah lagi untuk berbuka puasa bersama keluarga sepanjang Ramadan lalu.
Ini merupakan kali kedua, Che Tom, bertemu media bagi melahirkan perasaan kecewanya dengan sikap Azmin.

Nik Aziz akan lepaskan jawatan MB dalam masa terdekat ???

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Nik Aziz dinasihat rehat di HUSM

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)  Kubang Kerian untuk berehat.

Setiausaha Akbarnya, Fadli Shari berkata, pemimpin itu tiba pada jam 2 petang tadi setelah dinasihatkan oleh doktor supaya menghabiskan cuti hujung minggu di hospital.

“Beliau tidak mengalami apa-apa masalah, sekadar berehat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu di sebelah pagi, Nik Aziz menghadiri majlis pecah tanah pembukaan Pavilion di Tunjung, dekat sini.

Nik Aziz, 81, yang memegang jawatan Menteri Besar Kelantan sejak 1990 mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik.

Pemimpin bahlol berkokok lagi

Khalid Samad
'Tidak semua setuju laksana hudud'

SHAH ALAM – Hukum hudud tidak dapat dilaksanakan bukan disebabkan penentangan Pengerusi DAP, Karpal Singh tetapi tidak mendapat persetujuan daripada semua umat Islam di negara ini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Pas III, Khalid Samad, tindakan Karpal Singh mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud di negara ini adalah hak beliau sebagai orang bukan Islam.

“Dia hanya boleh bersuara namun, tidak ada hak untuk menghalang pelaksanaan ini kerana ia melibatkan sebuah kerajaan bukannya seorang individu.

23/08/2012

Pengurus Koperasi Mengaku Tidak Bersalah Atas Pertuduhan Rasuah


JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah membuat pertuduhan ke atas seorang Pengurus Koperasi Sinarjaya Bandar Tenggara Kulai Jaya Bhd. di Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah 4, Johor Bahru kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009.

Tertuduh, Azman bin Anas, 40 tahun, Pengurus Koperasi didakwa telah menerima rasuah RM2,900.00 daripada Oong Ah Lee sebagai dorongan untuk meluluskan borang permohonan mengambil permit bahan bantuan di Lot PTD 4153 Mukim Ulu Sungai Johor, Kota Tinggi.

Kontraktor Dihukum 1 Hari Penjara dan Denda RM60,000.00 Kerana Menipu


KUCHING – Mahkamah Sesyen Khas Rasuah hari ini telah menjatuhkan hukuman satu hari penjara dan denda RM60,000.00 ke atas seorang kontraktor setelah mengaku bersalah dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan. Hakim turut memerintahkan tertuduh dipenjara 12 bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.

Abdul Halik Ali, 39, Kontraktor Yusuf Enterprise pada 19 Januari 2007 dituduh menipu Pejabat Daerah Bau dan Kerajaan Malaysia dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa kerja membaiki SK Segong, Bau yang bernilai sebanyak RM30,558.00 dalam Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Awam 2006 telah siap untuk proses pembayaran sedangkan kerja tersebut belum siap sepenuhnya.

Kenapa DAP terlalu takut dengan filem 'Tanda Putera' ???

tandaputera
Filem-filem kenegaraan merupakan satu khazanah yang perlu terus dibangunkan kerana ia memaparkan jati diri sesebuah bangsa. Tidak seperti negara-negara lain di Asia, walaupun sebuah negara yang maju dari sudut ekonomi dan sosial, Malaysia mengalami kekurangan dalam penghasilan filem-filem bertemakan kenegaraan.

Mungkin disebabkan oleh kekurangan filem-filem patriotik, jati diri anak bangsa Malaysia semakin terhakis dan ini akan mendatangkan masalah besar kerana segala kisah perjuangan orang-orang terdahulu tidak dapat dihayati oleh generasi baru. Di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Indonesia dan Thailand, filem-filem patriotik mendapat sambutan hangat sehingga berjaya mendapat taraf “box office” di layar perak. Di Malaysia pula, filem bercorak kenegaraan dan patriotisma mungkin hanya ditonton bagi mereka yang betul-betul mencintai sejarah dan murid-murid sekolah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...