Translate

23/08/2012

Kenapa DAP terlalu takut dengan filem 'Tanda Putera' ???

tandaputera
Filem-filem kenegaraan merupakan satu khazanah yang perlu terus dibangunkan kerana ia memaparkan jati diri sesebuah bangsa. Tidak seperti negara-negara lain di Asia, walaupun sebuah negara yang maju dari sudut ekonomi dan sosial, Malaysia mengalami kekurangan dalam penghasilan filem-filem bertemakan kenegaraan.

Mungkin disebabkan oleh kekurangan filem-filem patriotik, jati diri anak bangsa Malaysia semakin terhakis dan ini akan mendatangkan masalah besar kerana segala kisah perjuangan orang-orang terdahulu tidak dapat dihayati oleh generasi baru. Di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Indonesia dan Thailand, filem-filem patriotik mendapat sambutan hangat sehingga berjaya mendapat taraf “box office” di layar perak. Di Malaysia pula, filem bercorak kenegaraan dan patriotisma mungkin hanya ditonton bagi mereka yang betul-betul mencintai sejarah dan murid-murid sekolah.

Situasi ini diburukkan lagi dengan kehadiran individu dan kumpulan yang menolak terus patriotisma kepada negara dengan melabelkan ia sebagai sokongan kepada parti pemerintah. Walaupun pandangan ini salah, dek kerana kenyataan individu dan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini sesetangah rakyat membenci akan semangat patriotisma yang akan menyebabkan kecelaruan minda generasi akan datang.

Baru-baru ini, pengarah dan penerbit filem popular Datuk Suhaimi Baba telah selesai dalam pembikinan filem yang berjudul Tanda Putera. Filem yang berdasarkan kisah persahabatan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail ini bakal ditayangkan bersempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-55 nanti. Filem yang menelan belanja sebanyak RM 4.3 Juta ini berlatarbelakangkan episod sebelum dan selepas tragedi 13 Mei 1969.

Walaupun filem ini belum disiarkan di mana-mana layar perak ia telah dihentam teruk oleh individu dan kumpulan tertentu kerana menyangkakan filem ini berunsur politik. Lolongan paling kuat menentang filem ini adalah daripada mulut Lim Kit Siang Pengerusi DAP yang begitu terkenal dengan sikap prejudis beliau terhadap orang Melayu di Malaysia.

Lim Kit Siang yang juga ahli parlimen Ipoh Barat menyatakan bahawa beliau menentang keras penayangan filem Tanda Putera kerana menyifatkan filem tersebut adalah sebahagian daripada kempen besar-besaran Barisan Nasional. Melalui laman blog beliau, Lim Kit Siang menyatakan bahawa filem Tanda Putera adalah filem sampah kerana bersifat berat sebelah dan menunjukkan Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail sebagai wira.

Seperti seorang tukang tilik filem, mengikut cara kritikannya Lim Kit Siang seperti sudah berkali-kali menonton filem tersebut. Walhal, filem Tanda Putera belum lagi menemui penonton dan hanya “trailer” sahaja yang baru dikeluarkan di lama sesawang Youtube dan beberapa media lain. Apakah yang begitu menakutkan Lim Kit Siang sehingga mengecam filem tersebut dengan sebegitu hebat?

Sungguhpun dihentam dengan sebegitu teruk, pengkritik dan peminat filem Melayu menjangkakan filem tersebut akan mendapat sambutan lebih hebat daripada filem-filem kenegaraan terdahulu seperti Azizah The Legend, Paloh, Leftenan Adnan, Embun, Hati Malaya 1957 dan Bukit Kepong. Ini adalah kerana sebelum ini tokoh seperti Tun Dr Ismail tidak pernah dikisahkan dalam bentuk penceritaan filem.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, Lim Kit Siang patut berbangga kerana negara ini bakal menerima sebuah filem yang menceritakan tentang nilai insan dan persahabatan pemimpin terdahulu dizaman yang penuh dengan cabaran. Namun begitu, mungkin juga Lim Kit Siang takut filem tersebut akan mencetuskan kemarahan rakyat terhadap diri beliau.

Mahu tidak mahu, Lim Kit Siang perlu sedar bahawa tragedi berdarah 13 Mei 1969 tidak akan berlaku sekiranya provokasi tidak dilancarkan oleh sayap pemuda DAP, yang pada masa itu dipimpin oleh beliau. Mungkin juga Lim Kit Siang terlalu takut ada babak di dalam filem Tanda Putera yang akan menunjukkan beliau melaungkan “Malay Si”, “Sapu Melayu” dan “Melayu Balik Hutan” semasa berarak ke Kampung Baru, Kuala Lumpur.

A.Samad Said patut membuat satu puisi yang berjudul “Lim Kit Siang si tua yang mudah lupa” agar dapat mengingatkan sahabat karib baru beliau tentang “hutang-hutang” yang belum dibayar oleh Lim Kit Siang kepada seluruh rakyat Malaysia dan khasnya kepada orang Melayu. Mungkin dengan kehadiran filem ini, Lim Kit Siang dapat sedar akan kesilapan beliau dan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia sebelum beliau dimasukkan kedalam kotak dan disimen di Nirwana Memorial Park tidak lama lagi.

Sumber:mykmunet.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...