KDN setuju cadangan bina tembok sempadan Malaysia-Thai di Kelantan
KOTA BHARU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini bersetuju dengan cadangan polis Kelantan agar kerajaan membina tembok dan pagar di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang masalah penyeludupan dadah dan senjata api.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau akan segera berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan cadangan itu di sempadan sepanjang 121 kilometer di negeri ini.
"Selain itu KDN juga akan mewartakan sepanjang tebing sungai di sempadan itu sebagai kawasan keselamatan dan cadangan ini perlu disegerakan," katanya selepas mendengar taklimat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
