Translate

Memaparkan catatan dengan label Tembok Sempadan Thai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tembok Sempadan Thai. Papar semua catatan

31/05/2015

Bina tembok, benteng di sempadan Malaysia-Thailand hanya tinggal HASRAT ??

HANYA TINGGAL HASRAT SAJA
Kerajaan berhasrat membina tembok dan benteng di sempadan Malaysia-Thailand di samping meningkatkan pengawasan di pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata, pembinaan struktur itu mungkin jauh lebih berkesan dalam mengawasi sempadan, kerana hakikatnya pasukan keselamatan memang tidak mampu untuk memantau lebih 100 'jalan tikus' di kawasan sepanjang kira-kira 700km sempadan negara yang memisahkan Malaysia dan Thailand.

14/09/2013

TEPAT PADA MASA DAN KETIKA SERTA PERLU DISEGERAKAN

KDN setuju cadangan bina tembok sempadan Malaysia-Thai di Kelantan

KOTA BHARU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini bersetuju dengan cadangan polis Kelantan agar kerajaan membina tembok dan pagar di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bagi mengekang masalah penyeludupan dadah dan senjata api. 

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau akan segera berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan cadangan itu di sempadan sepanjang 121 kilometer di negeri ini. 

"Selain itu KDN juga akan mewartakan sepanjang tebing sungai di sempadan itu sebagai kawasan keselamatan dan cadangan ini perlu disegerakan," katanya selepas mendengar taklimat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...