Penulis mendapat maklumat bahawa pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama. Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak. Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.
Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah menggelupur malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri. Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.