Translate

13/08/2012

Perlembagaan PAS, Masih Lagikah Al-Quran Di Tempat Tertinggi

IMG_1445
RAMAI budak-budak yang menyokong PAS hari ini, tidak sepenuhnya memahami parti yang mengaku memperjuangkan Islam itu.  Kalau depa faham, sudah tentu tidak sukar mengenalpasti begitu banyak percanggahan dengan dasar tertulis (perlembagaan) dan realiti sebenar yang sedang berlaku sekarang.

Paling nyata sudah tentulah bila bercakap tentang persekutuan PAS dan DAP (parti yang jelas menentang Islam).

Dinyatakan dalam perlembagaan PAS bahawa parti itu hanya memperjuangkan Islam dan yang Islam Islam sahaja, Al-Quran sebagai rujukan tertinggi dan sebagainya.  Tapi cuba lihat satu persatu PAS hari ini, dimana dia?  Adakah dia benar-benar buat apa yang dia catat dalam perlembagaan sendiri?

Setakat pakai kopiah putih (lelaki) dan bertudung (perempuan) nak kata itu bukti PAS memperjuangkan Islam, lebih baik lupakan sebab itu bukan bukti yang boleh dipakai.  Apatah lagi bila PAS membenarkan campur gaul lelaki perempuan tanpa batasan dalam perhimpunan seperti Bersih dan Oren yang gagal capai matlamat itu.

Lagipun sejak bila kopiah putih dan tudung jadi hak milik eksklusif PAS sehingga si pemakai mesti nak dikaitkan dengan parti tersebut?

Itu belum disebut lagi tentang perangai munafik kepimpinan PAS.  Janji tak tepat, mulut kuat bohong, sebar fitnah sana sini, nak gebang apa pasal Islam?

Silalah orang PAS jelaskan disini adakah PAS masih lagi di landasan perjuangan yang sama seperti orang dulu-dulu atau paling koman, masih lagi inline dengan kehendak perlembagaan?

Kita semua suka nak dengar sebab setakat hari ini yang kita tahu, bersepakat dengan DAP sehingga meninggalkan tujuan penubuhan PAS itu sendiripun jelas melanggar Fasal 5 Perlembagaan PAS – Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Selain mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Azan di Pulau Pinang adalah bukti yang jelas bila Majlis Fatwa Negeri yang diserapi anasir-anasir DAP (dengan kerjasama PAS) melarang azan dilaungkan seperti dulu kerana menganggu orang bukan Islam – perkara yang tak pernah jadi isu semasa zaman BN memerintah.

Kita kata diserapi unsur DAP kerana ia hanya berlaku sekarang, ketika DAP memerintah.  Dan kalau benar PAS rasa apa yang dibuat di Pulau Pinang itu selari dengan hukum Islam, kenapa di negeri-negeri yang PAS perintah tidak dikuatkuasakan peraturan tersebut?

Nampak?

Azan ini hanya satu, sebelum ini arak yang dirampas di Shah Alam pun PAS tak boleh nak pertahankan dari dipulangkan semula kepada pemilik asalnya atas arahan Ronnie Liu (DAP).

Kalau 2 benda kecil pun PAS tak boleh nak atasi DAP, lagi mau gebang apa pasal perundangan Islam?

Elok pinda sajala perlembagaan PAS tu, tukar yang lebih sekular dan liberal.  Mat Sabu boleh ketuai panel mengkaji semula perlembagaan PAS sebab dia yang paling sesuai.  Hubungannya dengan Guan Eng satu hal, dia tu sendiri pun memang sebesar-besar sial manusia sebab mengagungkan Syiah dan komunis.

Dah kenalah tu.

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...