Translate

Memaparkan catatan dengan label Majlis Fatwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Fatwa. Papar semua catatan

28/06/2013

Jawatankuasa Fatwa Perlis Haramkan Shisha

KANGAR: Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
Mufti Perlis, Datuk Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.
Bercakap kepada pemberita di sini pada Jumaat, beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.
Dr Juanda berkata amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.

07/01/2013

Kerajaan tidak perlu tunduk dengan desakan Hadi

hadi-pc
Tiada forum bincang Amanat Haji Hadi di RTM...

Akhirnya... Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penyiaran amanat tersebut menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.

Menurut beliau, berdasarkan fatwa itu, amanat yang disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 adalah bercanggah daripada segi ajaran Islam.

13/08/2012

Perlembagaan PAS, Masih Lagikah Al-Quran Di Tempat Tertinggi

IMG_1445
RAMAI budak-budak yang menyokong PAS hari ini, tidak sepenuhnya memahami parti yang mengaku memperjuangkan Islam itu.  Kalau depa faham, sudah tentu tidak sukar mengenalpasti begitu banyak percanggahan dengan dasar tertulis (perlembagaan) dan realiti sebenar yang sedang berlaku sekarang.

Paling nyata sudah tentulah bila bercakap tentang persekutuan PAS dan DAP (parti yang jelas menentang Islam).

Dinyatakan dalam perlembagaan PAS bahawa parti itu hanya memperjuangkan Islam dan yang Islam Islam sahaja, Al-Quran sebagai rujukan tertinggi dan sebagainya.  Tapi cuba lihat satu persatu PAS hari ini, dimana dia?  Adakah dia benar-benar buat apa yang dia catat dalam perlembagaan sendiri?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...