Isnin, 7 Januari 2013

Kerajaan tidak perlu tunduk dengan desakan Hadi

hadi-pc
Tiada forum bincang Amanat Haji Hadi di RTM...

Akhirnya... Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penyiaran amanat tersebut menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.

Menurut beliau, berdasarkan fatwa itu, amanat yang disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 adalah bercanggah daripada segi ajaran Islam.

Utusan melaporkan Rais memberitahu, Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.

Jelasnya, fatwa berkenaan melarang orang Islam menyebar, mengajar mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut selain menjual, mencetak, mengedar, membeli dan memilikinya.

"Sehubungan itu, kementerian dan RTM khususnya adalah terikat dengan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kesimpulannya forum berkeaan tidak dapat diadakan kecuali jika Abdul Hadi bersedia menarik balik amanatnya,"katanya.

Tambah Rais lagi, keputusan itu dibuat setelah mendapat pandangan daripada berbagai pihak.-3/1/2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...