Isu
perkahwinan ADUN Merbau Pulas kembali menjadi hangat dan hangit. Walaupun
sebelum ini ADUN Merbau Pulas, Aisyah Ghazali dikatakan telah menolak pinangan
bekas pemandunya, tetapi akhirnya ADUN Merbau Pulas merangkap Exco Kerajaan
Kedah itu, akhirnya menerima bekas pemandunya yang bernama Sazali bin Sudin
sekaligus menafikan berita sebelum ini yang ADUN Merbau Pulas itu berkahwin
dengan seorang lagi ADUN dan Exco Kedah iaitu, Hamdan Che Khalib.
Maklumat
yang diperolehi mendedahkan pada 5 Jun 2012, bertempat di Masjid Jeneri,
Sik, telah berlangsung majlis akad nikah Siti Aishah binti Ghazali – Exco
Kerajaan Negeri merangkap ADUN Merbau Pulas dengan Sazali bin Sudin (nombor kad
pengenalan 700622-02-6067) berusia 42 tahun dan beralamat di No.376, Lorong
3/1, Taman Makmur, Kulim.
Sazali
telah diakadnikahkan oleh Hj. Ismail bin Talib yang merupakan Imam Masjid
Jeneri dan disaksikan oleh individu-individu tertentu dari kedua-dua belah
pihak termasuklah ayah Siti Aishah sendiri iaitu Hj. Ghazali bin Ahmad yang
merupakan penyokong kuat PAS di Kampung Kuala Jeneri, Daerah Mengundi Jeneri
dan DUN Jeneri.