Translate

Memaparkan catatan dengan label Isu Air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu Air. Papar semua catatan

16/09/2012

RAKYAT SELANGOR PERLU BANGKIT DAN JANGAN DIPERBODOH-BODOH KAN

a141

Saman Kerajaan Selangor, Isunya Tentang Janji Bukan Duit


KALAU penulis salah, sila betulkan, tapi rasanya dalam sejarah negara kita, ini kali pertama rakyat menyaman kerajaan kerana gagal melaksanakan janji yang tercatat dalam manifesto pilihanraya sebelum dapat kuasa dulu.

Dalam hal ini penulis merujuk kepada saman oleh 711 orang penduduk Selangor berikutan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janji pilihanraya mereka yang tercatat dalam manifesto 2008 berhubung dengan pemberian air percuma 20m3.

11/08/2012

KERAJAAN PKR DAH JUMPA PENGGANTI AIR! SUPER BIJAK!!?

Otak bangang, menipu rakyat
Handal tak handal kerajaan selangor ni. Dalam kelam kabut menghadapi krisis air, mb khalid gagap masih mampu duduk rileks je. Rupa2nya mereka dah jumpa rumusan terbaru cara menggantikan air yang sedang gawat kat selangor ni.

18/07/2012

Isu air bersih: Rakyat perlu tukar kerajaan (Kelantan Dan Selangor)


TUMPAT - Isu air bersih yang gagal diselesaikan kerajaan Pas, terus diperjuangkan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) apabila pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini turun padang segenap pelosok kampung menuntut air bersih.

Naib Presiden MTRK Kelantan, Ab Kadir Ya’acub berkata, menjadi tanggungjawab MTRK memperjuangkan hak rakyat Kelantan ini kerana kerajaan Pas tidak berjaya menyelesaikan masalah air bersih tersebut.

“Rakyat Kelantan bukan sahaja perlu tukar paip air tetapi perlu tukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke–13 (PRU13) nanti,” katanya.

Ab Kadir yang juga Ketua MTRK Kawasan Tumpat, berkata demikian sempena sukan rakyat MTRK Tumpat di Pangkalan Kerepok di Kampung Laut, kelmarin.

Ab Kadir berkata, isu air ini akan terus diperjuangkan MTRK dan akan ke banyak tempat lagi untuk memperjelaskan kepada rakyat Kelantan mengenai kegagalan kerajaan Pas bekalkan air bersih.

Sempena sukan rakyat itu, Ab Kadir berkata, ia diadakan untuk menghidupkan semula budaya Melayu seperti dikir barat, silat dan perlumbaan perahu kepada generasi muda sekarang ini.

“Dalam masa yang sama juga, sebagai hiburan kepada Ahli Jawatankuasa MTRK yang penat bekerja memperjuangkan isu air di Kelantan,” katanya.

Perasmian penutup disempurnakan Ab Kadir yang dimeriahkan dengan persembahan dikir barat.

Turut diadakan pertandingan boling padang, tiup belon, persembahan tomoi, dan pelbagai acara lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...