Saman Kerajaan Selangor, Isunya Tentang Janji Bukan Duit
KALAU penulis salah, sila betulkan, tapi rasanya dalam sejarah negara kita, ini kali pertama rakyat menyaman kerajaan kerana gagal melaksanakan janji yang tercatat dalam manifesto pilihanraya sebelum dapat kuasa dulu.
Dalam hal ini penulis merujuk kepada saman oleh 711 orang penduduk Selangor berikutan kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat menunaikan janji pilihanraya mereka yang tercatat dalam manifesto 2008 berhubung dengan pemberian air percuma 20m3.
Punca kepada saman rakyat terhadap kerajaan Selangor ini berlaku ialah, masa rancang janji, tidak buat kerja rumah yang cukup, tidak ada maklumat kewangan negeri yang sebenar serta banyak faktor lain. Yang penting tabur dulu, apa masalah fikir kemudian.
Sebab itu dari 31 janji yang ditabur dalam manifesto Selangor 2008, hanya 1 sahaja yang baru dilaksanakan sekarang – itupun bukan semua merasa (seperti disebut di atas) selain mengambil masa 3 bulan dari tarikh menang sebelum dilaksanakan.
Masalah yang sama kita percaya akan berlaku kalau puak-puak ini mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Sibuk dan seronok tabur janji sekarang sebab tak terfikir akan berjaya laksanakan, asal dapat undi saja.
Penulis nak tanyalahkan, kaya mana negara kita sangat sampai nak laksana pendidikan percuma semua peringkat, minyak percuma sampai kiamat, tol percuma (tapi masih mengekalkan keselesaan jalan) dan sebagainya yang dijanjikan itu?
Dalam masa yang sama, apa yang disubsidikan kerajaan sekarang dalam bentuk harga barangan dan sebagainya perlu dikekalkanlah, tak gitu? Takkan Pakatan nak tarik balik kot subsidi barangan yang sudah banyak menguntungkan rakyat sekarang?
Negara yang kaya raya pun tak mampu nak beri apa yang Anwar dok canang satu negara sekarang ini. Sebab itu negara rujukan untuk semua janji tak masuk akalnya itu berbeza-beza. Pendidikan percuma ambil Finland, minyak murah ambil Arab dan sebagainyalah.
Logik dan masuk akalkah negara kita jadi segala yang terbaik dalam dunia ini (dalam soal ‘percuma’)? Apa faktor yang boleh menyumbang sangat tu? Minyak ke? Sedar kah kita yang Malaysia ini bukan pengeluar terbesar minyak pun, malah tak tersenarai dalam senarai negara pengeluar terbesar OPEC (kapasiti 1 juta tong satu hari).
Atau negara kita banyak emas atau berlian ke? Setahu penulis tidak.
Jadi mahunya rakyat fikirlah lebih sikit sebelum buat pilihan untuk sokong Anwar Ibrahim dan Pakatan haram yang dipimpinnya sekarang. Tak undi UMNO tak apa, tapi undilah BN.
Sebut Pakatan haram, itu satu hal juga. Nama pun haram, macam mana rakyat nak percaya ya?
Oh ya, betul ke penulis dengar dekat-dekat nak pilihanraya besok Anwar akan bubar Pakatan Rakyat dan tubuh Pakatan baru tapi dengan ketiadaan DAP dan penyertaan parti-parti politik Sabah dan Sarawak?
Anwar buat ini untuk jamin undi Melayu seperti mana dia bubar Barisan Alternatif (tanpa DAP) dan tubuh Pakatan Rakyat (dengan DAP) selepas menang di beberapa buah negeri pada 2008.
Anwar tahu, mati hidup balik pun DAP dan PAS tidak akan bersatu, sebab itulah Pakatan Rakyat (sama seperti Barisan Alternatif), hanya pada nama, tidak didaftar secara rasmi sampai sudah.
Lepas berjaya tawan Putrajaya, DAP masuklah balik.
Sumber:mykmunet