Permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk menubuh pasukan polis sendiri atas nama polis bantuan telah dihantar kepada Menteri dalam Negeri semalam kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor. Surat itu sebagai susulan kepada surat Julai 2009 masih belum mendapat jawapan.
Mengapa minta tubuh polis bantuan?. Katanya “ Keselamatan rakyat adalah keutamaan Kerajaan Negeri, dan tiada alasan munasabah Kerajaan Persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang tenaga dalam usaha bersama menjaga keselamatan rakyat” dalam kenyataan media semalam.
Adakah sekarang rakyat negeri itu tidak selamat?. Jawapannya mudah, memang tidak berapa selamat kerana kadar jenayah meningkat. Ini sudah tentu Majlis Keselamatan Negeri melapurkan hal itu kepada Kerajaan Negeri dari masa kesemasa. Ia bukan zaman PKR memerintah sahaja, MKN membuat penilaian sejak Negara ini mula merdeka lagi. Kerana Isu keselamatan adalah isu keutamaan Kerajaan Persekutuan.