Translate

08/02/2011

Mengapa Tun Mahathir beriya-iya mahukan Jambatan Bengkok?

Bekas Perdana menteri, Tun Mahathir bertegas malah menggesa sokongan akar umbi memberi tekanan kepada kerajaan pusat agar meneruskan idea beliau membina jambatan bengkok yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodland di Singapura bagi menggantikan jambatan usang Tambak Johor [Mahathir minta sokongan akar umbi].

Idea pembinaan jambatan bengkok ini dilihat akan memberikan keselesaan kepada orang ramai yang keluar masuk antara Singapura dan Johor. Tambak Johor yang menghubungkan kedua-dua buah negara itu sudah terlalu lama, malah terlalu sempit sehingga menyebabkan kesesakan teruk berlaku setiap hari.

Pembinaan jambatan bengkok ini juga dilihat akan merangsangkan ekonomi Malaysia apabila rakyat Singapura tidak lagi perlu bersesak-sesak untuk berbelanja di Negeri Johor setiap hari. Ini akan menguntungkan ekonomi rakyat Johor sekaligus memberi kebaikkan kepada Malaysia apabila puluhan ribu rakyat Singapura keluar berbelanja di Malaysia setiap hari.

Memberikan saingan ekonomi kepada Singapura


Satu lagi sebab yang menjadi faktor utama Tun Mahathir bertegas mahu kerajaan pusat meneruskan pembinaan jambatan bengkok adalah untuk memadam keangkuhan Singapura dan seteru perang sarafnya Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew sebelum ini sering kali mengkritik pentadbiran Tun Mahathir.

Pembinaan jambatan bengkok dengan ketinggian 25 meter dari aras tanah dilihat akan menarik kapal-kapal dagang kecil untuk ke perlabuahn Pasir Gudang Johor, tanpa perlu melakukan perjalanan yang lebih jauh melewati Republik Singapura.

Tambak Johor dengan struktur binaan yang rendah pada aras laut dilihat menjadi halangan kapal-kapal dagang untuk ke Pelabuhan Malaysia. Kapal-kapal ini terpaksa melewati republik Singapura dan singgah di perlabuhan negara tersebut. Dengan pembinaan jambatan bengkok ini, negara kita dapat menarik sebilangan besar kapal-kapal dagang ke pelabuhan Malaysia, dan memberikan keuntungan kepada Malaysia sekaligus memberikan tekanan atau saingan ekonomi kepada Singapura.

Rakyat Johor juga sangat menyokong usaha Tun Mahathir mewujudkan jambatan bengkok ini. Bukan sahaja memberikan keselesaan kepada pengguna, malah memberikan keuntungan dari segi ekonomi. Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang Johor pernah menggesa kerajaan meneruskan idea ini [Utusan]

Sekiranya Najib Tun Razak benar-benar mendahulukan rakyat, inilah projek yang sepatutnya diteruskan, bukan menara warisan merdeka yang merapu malah ditentang oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.

Tentu sekali sangat menghairankan bila projek yang mendapat tentangan rakyat mahu dilakukan sebaliknya projek yang mendapat sokongan rakyat tidak mahu diteruskan. Adakah Najib tetap tidak mahu meneruskan Jambatan Bengkok kerana takutkan Singapura? Pembinaan jambatan bengkok langsung tidak memerlukan persetujuan dari singapura, kerana projek ini hanya melibatkan wilayah di kawasan Malaysia sahaja, persetan sama itu Singapura!


menyokong pembinaan Jambatan Bengkok idea Tun Mahathir demi kebaikkan rakyat!"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...