Translate

30/06/2011

Anwar Ibrahim dalang sebenar demonstrasi jalanan haram



Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah dalang sebenar penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini kerana mahu menaikkan kedudukannya dalam politik negara dan pentas antarabangsa, selain batu loncatan untuk beliau dan pembangkang mengaburi rakyat untuk berkuasa.

Walaupun penganjur kumpulan pengacau itu mendakwa perhimpunan bertujuan mengetengahkan kelemahan proses pilihan raya, motif sebenar yang selama ini tersembunyi kini semakin jelas, iaitu untuk mendapat kuasa politik.


PPPD RHU RENDANG DI LAPANGAN TERBANG SULTAN MAHMUD K/TRG


Marang 29/06/2011 - Pemergian Pegawai Penyelaras Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama isteri dan seorang anak perempuan beliau mengerjakan UMRAH disambut mesra oleh rakan-rakan dan saudara mara di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada jam 9.00 pagi.

29/06/2011

KOMUNIS RESAPI DAN BERTOPENGKAN BERSIH


KUALA LUMPUR 27 Jun – Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan.
Ini kerana, gerakan tersebut yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan.

Hayati Peristiwa Israk Dan Mikraj Dalam Membentuk Peribadi Muslim


KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak meminta umat Islam menghayati dan menginsafi peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah dalam membentuk keunggulan peribadi Muslim sebagai tunggak kepada kekuatan umat Islam di negara ini.

"Semoga seluruh umat Islam dapat menghayati dengan penuh insaf peristiwa agung ini untuk menjadikan kita sebagai umat terbaik dalam merintis perpaduan melalui kepelbagaian kaum dan agama.

28/06/2011

JOM KENALI AJK BERSHIT!! - POLIS PERLU BERTINDAK


Senarai AJK perhimpunan BerSHIT 2.0

1- Ambiga Sree (Pengerusi)
2- Mat Sabu Pas (Timbalan)
3- Andrew Khoo,
4- K Arumugam,
5- Dr Farouk Musa,
6- Harris Ibrahim,
7- Liau Kok Fah,
8- Maria Chin Abdullah,
9- Richard Y W Yeoh,
10- Dr Toh Kin Woon,
11- Dr Wong Chin Huat,
12- Datuk Yeo Yang Poh,
13- Zaid Kamaruddin,
14- Dr Subramaniam Pillay dan
15- Arul Prakkash

Menghidupkan kembali fahaman Komunis ?????

Foto

KEPALA BATAS: Polis menahan 31 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S Jayakumar Devaraj selepas menemui bahan mengandungi unsur komunis dan penentangan terhadap Yang di-Pertuan Agong, dalam bas yang mereka naiki, di Plaza Tol Sungai Dua dekat sini, petang kelmarin.

Antara yang ditemui adalah 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah serta gambar tokoh komunis Argentina, Ernesto ‘Che’ Guevara atau dikenali sebagai El Che.

NGO berkaitan gerakan Kristian penyumbang dana Bersih?


KUALA LUMPUR 26 Jun - Gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian yang berpangkalan di luar negara dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.

27/06/2011

Aspek Pengurusan Stres Dan Konflik Ditekankan Dalam Kursus Kahwin


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu aspek pengurusan stres dan konflik diberi penekanan dalam kursus praperkahwinan bagi mengatasi masalah rumahtangga yang dilihat serius di negara ini.

Penjawat Awam Terlibat Dengan BERSIH akan di BUANG KERJA !!!!!

Presiden Cuepacs

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu.

ISA Boleh Digunakan Terhadap Penganjur Perhimpunan Haram 9 Julai

View Image
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keperluan menggunakan tindakan ISA hanya dilakukan apabila terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara.

Himpunan Patriot Bagi Menentang Perhimpunan Haram 9 Julai Dilancarkan

View Image

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Himpunan Patriot anjuran Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia dilancarkan Ahad bagi mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai.

Pengerusi bersama himpunan itu, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata pihak mereka akan bertindak sebagai badan bagi mewakili suara 'majoriti senyap' yang menurutnya pada perhimpunan haram yang sama pada tahun 2007, tiada medium untuk mereka menyampaikan tentangan.

26/06/2011

Bukti BERSIH Didalangi CIA~NED !


AIDCNews -26/06/11 – Laman web National Democratic Institute atau ringkasnya, NDI mengesahkan bahawa yayasan demokrasi Amerika Syarikat itu menaja dan menyokong BERSIH di Malaysia.
“Program-program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy atau ringkasnya NED”, lapor laman NDI, www.ndi.org.
NDI diketuai oleh Madeline Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang pernah menjadi penyokong utama Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat UMNO pada 2 September 1998. Klik di sini dan sini

Polis Terima Lebih 1,000 Laporan Bantah Perhimpunan Haram

View Image
IPOH, 25 Jun (Bernama) -- Polis telah menerima sebanyak 1,248 laporan daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara membantah perhimpunan haram yang akan dianjurkan oleh beberapa kumpulan di ibu negara pada 9 Julai ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata laporan yang diterima itu membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas menghalang perhimpunan berkenaan kerana mereka bimbang keamanan dan ketenteraman awam terjejas.

Keropok Lekor Terpanjang Dicipta Pada Karnival Bank Rakyat Di Kuala Terengganu

View Image

KUALA TERENGGANU, 25 Jun (Bernama) -- Karnival Bank Rakyat Cintai Alam di Dataran Shahbandar di sini pada Sabtu mencatat rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi pembuatan keropok lekor sepanjang 479.4 meter.

Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata pembuatan keropok lekor terpanjang itu adalah antara keunikan penganjuran kali ketiga karnival berkenaan di sini, selepas Melaka dan Kedah pada April dan bulan lalu.

25/06/2011

Ramalan Cuaca Bagi Nelayan mulai 25 - 30/6/2011

N102: Perairan Terengganu

Sabtu25/06/2011
Hujan di satu dua tempat 
Malam
Pagi :
Tengah hari :
Malam :
Arah Angin :
Kelajuan Angin :
Ketinggian ombak :
Mendung
Cerah
Hujan di satu dua tempat
BD
30-40km/j
1.5-2.5 m
Ahad26/06/2011
Hujan di satu dua tempat 
Pagi
Pagi :
Tengah hari :
Malam :
Arah Angin :
Kelajuan Angin :
Ketinggian ombak :
Hujan di satu dua tempat
Cerah
Cerah
BD
30-40km/j
1.5-2.5 m
Isnin27/06/2011
Hujan di satu dua tempat 
Pagi
Pagi :
Tengah hari :
Malam :
Arah Angin :
Kelajuan Angin :
Ketinggian ombak :
Hujan di satu dua tempat
Cerah
Cerah
BD
30-40km/j
1.5-2.5 m
Selasa28/06/2011
Hujan di satu dua tempat 
Pagi
Pagi :
Tengah hari :
Malam :
Arah Angin :
Kelajuan Angin :
Ketinggian ombak :
Hujan di satu dua tempat
Cerah
Cerah
BD
30-40km/j
1.5-2.5 m
Rabu29/06/2011
Hujan di satu dua tempat 
Pagi
Pagi :
Tengah hari :
Malam :
Arah Angin :
Kelajuan Angin :
Ketinggian ombak :
Hujan di satu dua tempat
Cerah
Cerah
BD
30-40km/j
1.5-2.5 m
Khamis30/06/2011
Cerah 
Sepanjang Hari
Pagi :
Tengah hari :
Malam :
Arah Angin :
Kelajuan Angin :
Ketinggian ombak :
Cerah
Cerah
Cerah
BD
30-40km/j
1.5-2.5 m


152,000 Pelajar Berhadapan Tindakan Dihentikan Pinjaman PTPTN

View Image

TEMERLOH, 24 Jun (Bernama) -- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberhentikan pinjaman kepada 152,000 pelajar berikutan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi mereka adalah 2.0 ke bawah.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata, jumlah pelajar yang ditamatkan pinjaman itu membabitkan pinjaman sebanyak RM632 juta.

Dua Pendaki Negara Berjaya Tamatkan Misi Tawan Tujuh Puncak Tertinggi Dunia

View Image

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Dua pendaki Persatuan Kembara Negara berjaya menamatkan misi mereka untuk menawan tujuh puncak tertinggi dunia apabila mereka berjaya sampai ke puncak gunung McKinley di Alaska, Amerika Syarikat Jumaat.

Menurut kenyataan persatuan itu kedua-dua pendaki berkenaan, Ahmad Fakhri Abu Samah dan Ahmad Reduan Rozali sampai di puncak gunung McKinley pada ketinggian 6,198 meter dari aras laut.

Peserta Boat On The Road berlepas ke Tasik Kenyir


Kira-kira 800 peserta yang menaiki 200 kenderaan pacuan empat roda menyertai program kembara dan memancing “Boat On The Road” berlepas dari Sri Pentas di Bandar Utama ke Tasik Kenyir, pagi ini.

Acara pelepasan program yang bertujuan mempromosikan Tasik Kenyir sebagai desrinasi pelancongan itu, disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...