Isnin, 27 Jun 2011

Penjawat Awam Terlibat Dengan BERSIH akan di BUANG KERJA !!!!!

Presiden Cuepacs

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta penjawat awam supaya tidak terlibat dengan kegiatan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata semua 1.2 juta penjawat awam di negara ini terikat dengan Aku Janji yang ditandatangani ketika mereka mula berkhidmat yang melarang mereka terlibat dalam aktiviti seperti itu.

"Jika mereka terlibat dan tertangkap atau sebagainya, Cuepacs tidak akan membela mereka dan perkara itu merupakan risiko tanggungjawab mereka sendiri dan kita nasihatkan supaya mereka mematuhi Aku Janji yang dalam pengetahuan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Daerah Kulim di sini.

Dalam perkembangan lain, Omar berkata isu pertukaran Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) tidak sepatutnya dipolitikkan.

Beliau berkata lima kesatuan sekerja yang terlibat dengan jabatan berkenaan telah menemui beliau sambil menyatakan hasrat mereka untuk bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara, dan Menteri Kerja Raya.

Beliau berkata beliau akan bertemu dengan Datuk Seri Judin Abdul Karim dalam waktu terdekat untuk berbincang bagi mendapatkan pandangannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...