Translate

10/04/2013

USAHA MENJATUHKAN HUSAM MUSA JELAS DAN TERATUR !!!


Perebutan kuasa sebagai Menteri Besar Kelantan tetap terbayang di wajah Husam Musa. Tapi apakan daya, Pok Nik lebih berkuasa untuk menerajui Kelantan sehingga akhir hayat..... itu lah kelebihannya.


Oleh itu untuk mengkuburkan niat HUSAM MUSA telah dihantar untuk bertanding di luar daripada Kelantan, kononnya MENCETUS MOMENTUM BARU DI PUTRA JAYAKLIK

NIAT ORANG PAS DALAM PRU 13 ADAKAH TIDAK BERSIH ??


Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengingatkan ahli dan jentera parti agar membetulkan niat perjuangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). KLIK atau memang sudah ada tersirat dan tersurat NIAT JAHAT untuk dilaksanakan semasa kempen berlangsung dan hari mengundi ??


Namun persoalan apakah benar Pas sekarang melaksanakan perjuangan yang berlandaskan kepada nilai-nilai Islam?

Bantah calon payung terjun DAP semakin meningkat

Labis, ahli bawahan DAP rasa tidak puas hati kerana calon kerusi Parlimen Labis didatangkan dari calon payung terjun, dijangka bantahan semakin kuat dan meningkat!

Pada hari Sabtu lepas lebih 50 ahli DAP Chaah dari kalangan pelbagai kaum semasa adakan ceramah politik membuat kacau menaikkan kain rentangan bantahan, walaupun pemimpin DAP sepatutnya mahu halakan sasaran untuk menghentam BN, apa yang China Press lihat dari segi maklumat itu, disebabkan isu pencalonan telah menyebabkan dalaman DAP berbalah sengit.

Mengikut maklumat, pemuda DAP membantah pencalonan itu kerana tidak dapat restu dari jawatankuasa gabungan DAP negeri Johor, buat masa ini mereka melancarkan penapaian bantahan berkaitan langkah-langkah itu.

09/04/2013

Pas tiada isu di Terengganu

KEDUDUKAN Barisan Nasional (BN) di Terengganu yang diterajui oleh UMNO sudah pasti menjadi tanda tanya sebaik sahaja Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Persoalannya sekarang, apakah BN akan terus memerintah Terengganu dengan menguasai majoriti dua pertiga kerusi terutama bagi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ini?

Terdapat lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri yang akan menjadi rebutan.


CN Afghani menambah kucar kacir dalam PAS Kedah

Pengaruh CN Afghani @ Cikgu Non dalam kalangan penyokong PAS sebenarnya kuat walaupun dinafikan oleh PAS sendiri.

Beberapa kejadian telah membuktikan betapa pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh beliau tentang parti itu telah membuatkan ramai penyokong serta ahli fanatik PAS membuta mata dan hati.
  • Walaupun PAS anggap CN Afghani tidak berpengaruh, ramai ahli-ahli PAS keluar parti secara beramai-ramai akibat pendedahan beliau.
  • 400 ahli PAS di Kuala Berang keluar parti secara beramai-ramai.
  • Isu Amanat Hadi & Tabung Memali jelas mengkucar-kacirkan PAS.

Yusmadi jadi mangsa diktator Lim Guan Eng

Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yumadi Yusof, tidak disenaraikan oleh Pakatan Rakyat untuk PRU13. Yusmadi tidak digemari oleh  pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana sering mengkritik dasar-dasar diktator Lim Guan Eng.

  • Takde apa nak dihairankan. Yusmadi kerap kritik diktator Lim Guan Eng.
  • Inilah demokrasi ala Pakatan Rakyat, dipimpin oleh diktator!
  • Di manakah keadilan untuk orang yang takde lesen kereta. Kah kah kah!
  • Dengar cerita Fuziah MP Kuantan kuat berbisik kat telinga Anwar. Kesian Yusmadi jadi mangsa.
  • KLIK CEPAT SIKIT

PKR Indera Mahkota Lumpuh, 300 Ahli Keluar Parti

Tidak dapat dinafikan kemelut yang melanda Parti Keadilan Rakyat di Negeri Pahang pada ketika ini semakin bertambah buruk hari demi hari.

Sejak bermulanya insiden 'Boo...' dari kalangan ahli - ahli PKR sewaktu pengumuman yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini timbul pula masalah lain.

Jika sebelum ini, kita dapat lihat dengan jelas bagaimana kepimpinan Datuk Fauzi ditolak kepimpinan Negeri apabila Azan Ismail meletakkan jawatan.

Kemudiannya, beberapa ahli PKR Paya Besar turut mengikut jejak langkah Azan dan bertindak secara drastik untuk keluar dari parti tersebut.

08/04/2013

BAPAK SYAITAN MENJELMA DI PRU KE 13


KOTA BARU: Mursyidul HAM PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahan kenyataannya bahawa pahala solat anggota Umno tidak diterima Allah swt kerana menolak dasar Islam.
Beliau turut mendakwa bukan sahaja solat anggota Umno tidak diterima Allh swt, malah solat mereka yang memberi sokongan kepada parti itu juga tidak mendapat pahala.
"Orang Umno maknanya orang tolak Islam. Bila tolak Islam maknanya tolak Allah. Sebab itulah kita (PAS) terima Islam kerana Islam serba molek," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar Kelantan di Kubang Kerian di sini, Ahad.

07/04/2013

MANIFESTO PAKATAN UMPAMA " MANIFESTO FANTASI DAN KHAYALAN"

 
CIRI-CIRI UTAMA:
  • BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.
  • 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
  • Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
  • Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
  • Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
  • Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.
  • BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.
  • Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
  • Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
  • Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
  • 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
  • Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
  • Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
  • Membina Lebuh raya Pan Borneo.
  • Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
  • Sekolah satu sesi diperluaskan.
  • Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
  • Transformasi sekolah vokasional.
  • 4,000 anggota Polis setiap tahun.
  • Penggunaan SafeCam.
  • Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.

06/04/2013

JENTERA DAP SABOTAJ PAS, SUDAH KEMPEN TOLAK HUDUD SECARA TERBUKA

GAMBAR JENTERA DAP SEDANG BERKEMPEN DI SEBUAH KAWASAN DI ALOR SETAR. INI BUKTI DAP SANGAT SANGAT BERKUASA DI KEDAH. INI JUGA BUKTI DAP TETAP DENGAN PENDIRIANNYA UNTUK MENOLAK HUDUD YANG MAHU DIBUAT PAS.

PRU-13: Isu Perebutan Kerusi PALING MEMALUKAN Buat Pakatan Rakyat

Perebutan Kerusi Sesama Sendiri Bakal Menjadi Sejarah PALING MEMALUKAN Pakatan Rakyat

DALAM satu-satu pilihan raya, adalah adat satu-satu parti komponen berjuang dan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kerusi bagi parti masing-masing.

Sama ada suka atau tidak, kita kena menerima hakikat yang ‘darjat’ dan maruah sesebuah parti itu tak banyak sikit terletak pada jumlah kerusi yang dimenanginya dalam satu-satu pilihanraya.
Dalam Barisan Nasional (BN) sendiri, perkara yang sama berlaku.

Anggota cabang buat laporan ke atas Khalid


Seorang anggota di cabang PKR yang diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membuat laporan ke atas menteri besar Selangor itu atas dakwaan menyalahguna dana berjumlah kira-kira RM20,000 dari cabang parti itu.


Satu video yang disiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di portal Youtube menunjukkan anggota cabang berkenaan, Airos Shahidin Manaf yang membuat laporan berkenaan atas dakwaan tidak menerima penjelasan sewajarnya berhubung isu tersebut.


BEGITULAH KETELUSAN ABDUL GHANI OTHMAN MENTERI BESAR JOHOR TIDAK SEPERTI POK NIK AJIS

KUALA LUMPUR: Hakikat bahawa cakap-cakap kini semakin jelas yang Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman akan bertanding kerusi parlimen dan dalam kes ini di Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dengan sendirinya memberi indikasi yang negeri itu akhirnya akan menerima seorang menteri besar baru.


Lagi pun spekulasi ini tidak dapat dielakkan lagi kerana Ghani telah menerajui Johor selama empat penggal iaitu sejak Mei 1995.

LAIN CERITA DENGAN NIK AJIS.... SAMPAI PADAMMMMMMMM BARULAH HENDAK MELEPASKAN JAWATAN YANG DISAYANGINYA DAN JUGA INGIN MELIHAT ANAK KESAYANGANNYA NIK ABDUH KE JAWATAN YANG SAMA TARAF DENGANNYA ??? KLIK SINI dan SINI NEPOTISMA

05/04/2013

AZMIN ALI PRESIDEN PKR YANG BARU ???

Rancangan Azmin Ali berjaya disaat-saat akhir untuk menghadapi PRU ke 13. Rahsia Anwar semua didalam koceknya. Itu sebab Anwar bersedia melepaskan segala-galanya kepada AZMIN. KLIK CEPAT CEPAT DISINI

WAN AZIZAH BONEKA PKR ?? KATA ANWAR

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13.
Perkara itu dimaklumkan suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut laporan laman berita rasmi PKR, KeadilanDaily.com diwww.keadilandaily.com pada Khamis.
"Azizah mampu untuk memimpin parti semasa saya berada dalam penjara. Beliau mengetuai parti tetapi memutuskan untuk tidak bertanding pilihan raya," kata Anwar dipetik dalam portal itu. - BERNAMA

POLITIK HAJI HADI DIPENGHUJUNG JALAN !!!

HADI..HADI...HADI..menipu lagi. Sanggup membohongi pengikutnya sendiri dalam ceramah yang diadakan  di Kg. Sungai Kerak, Marang.

Dengan angkoh dan sombongnya menyelar pembubaran Parlimen yang di umumkan oleh Perdana Menteri setelah mendapat petunjuk daripada BOMOH ?? kedengaran juga suara-suara sumbang bersebelahan dengan jelas mengatakan NATANG Hadi.. Tak taulah mungkin mereka tak sehaluan dengan perjuangan PAS datang hanya untuk mendengar saja.

04/04/2013

TOK MON (BEBAS) MAU BERTANDING MENENTANG PAS ??

Tok Mon mahu tanding lagi di Kuala Terengganu
Penolong Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Terengganu, Nurul Ajleaa Azmi menyerahkan borang kertas pencalonan kepada Maimun Jusoh, hari ini.
KUALA TERENGGANU - Warga emas, Maimun Jusuh, 94, yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2008, kali ini menawarkan diri sebagai calon di kawasan pilihan raya parlimen yang sama - Kuala Terengganu.

   
Lebih mesra dengan panggilan Tok Mon, beliau berkata hasratnya untuk bertanding lagi ialah "atas amanah orang lama".
   
"Menang (atau) kalah, tok bertanding sahaja sebab mengingatkan amanah orang," katanya kepada pemberita ketika datang seorang diri dengan 'teksi sapu' untuk mengambil borang penamaan calon di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri di sini.
   
Kedatangan beliau menarik perhatian wakil media yang berada di situ. KLIK

PENIPUAN KE ATAS RAKYAT TERUS BERLAKU DEMI KEPENTINGAN POLITIK

Untitled-1-5
Adalah satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia mendengar dan membaca pelbagai kenyataan negatif oleh pemimpin PR yang sering mempersendakan dan menyalahkan SPR kononnya tidak telus serta sering dituduh gagal mengendalikan proses pilihan raya dengan adil.
Bermacam perkara dijadikan pertikaian oleh PR dari hal undi pos, daftar pemilih, proses pengundian, pengiraan undi serta pelbagai lagi isu ditimbulkan, motifnya satu untuk memberi tahu umum bahawa SPR tidak adil, tidak telus dan berat sebelah.
Pendek kata bagi pembangkang, SPR hanyalah kuda tunggangan BN dan apa sahaja penambahbaikan yang dilakukannya dianggap mempunyai maksud tersirat untuk kepentingan BN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...