Translate

09/04/2013

Pas tiada isu di Terengganu

KEDUDUKAN Barisan Nasional (BN) di Terengganu yang diterajui oleh UMNO sudah pasti menjadi tanda tanya sebaik sahaja Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Persoalannya sekarang, apakah BN akan terus memerintah Terengganu dengan menguasai majoriti dua pertiga kerusi terutama bagi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ini?

Terdapat lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri yang akan menjadi rebutan.


Walaupun sejak akhir-akhir ini timbul pelbagai isu yang agak luar biasa hingga hampir menggugat kestabilan negara, namun BN Terengganu dikatakan kini sudah dapat memenangi semula hati rakyat.

Sebelum ini, ramai yang beranggapan bahawa isu-isu semasa terutama yang dibangkitkan oleh pembangkang terutama Pas dan Keadilan mampu menggugat kekuatan UMNO.

Namun jentera parti pemerintah itu kini sudah mula bergerak untuk memberi penjelasan yang membuktikan kebenaran.

Semuanya ini akan ditentukan pada saat-saat akhir menjelangnya pilihan raya umum. Tambahan pula jentera parti BN di peringkat akar umbi sebenarnya belum 100 peratus digerakkan walaupun pihak atasan sudah mengarahkan berbuat demikian.

Ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan mood pilihan raya. Jika terlalu awal BN bertindak dengan penuh kekuatan seperti yang dilakukan oleh Pas melalui pelbagai ceramah dan menaikkan benderanya, semangat dan mood itu akan sedikit luntur bila tiba hari mengundi.

Bagaimanapun, BN kini dikatakan sudah mula menjalankan kempen-kempennya dengan tumpuan kepada kelompok-kelompok kecil yang sebenarnya menjadi pengundi berdaftar.

Berbeza dengan Pas, walaupun kehadiran di sesuatu ceramah itu dianggap ramai, tetapi kebanyakan mereka adalah orang luar serta pengundi di tempat lain.

Di Marang pula, Pas boleh berbangga dengan kawasan Rhu Rendang yang diterajui oleh presiden parti, Abdul Hadi Awang.

Kawasan ini dikatakan sebagai kubu kuat Pas dan sesiapa pun calon lawan yang diletakkan di sini sukar menyingkirkan Abdul Hadi.

Namun begitu, undi pada Abdul Hadi dijangka akan terus berkurangan ekoran ramai pengundi yang hilang kepercayaan terhadap Pas terutama Hadi sendiri ekoran isu-isu semasa.

BN sepatutnya mengambil peluang dengan perkembangan ini dan perlu memilih calon yang benar-benar layak.

Dengan kata lain, Abdul Hadi akan tewas pertandingan kerusi Parlimen dan kerusi Rhu Rendang. Tambahan pula Abdul Hadi sebelum ini hanya menang kerusi Parlimen Marang dengan majoriti undi yang terlalu sikit disebabkan punca-punca keadaan persekitaran yang diujudkan oleh pengikut taksub PAS dengan menakut-nakutkan pengundi yang hendak keluar mengundi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...