Translate

04/04/2013

TOK MON (BEBAS) MAU BERTANDING MENENTANG PAS ??

Tok Mon mahu tanding lagi di Kuala Terengganu
Penolong Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Terengganu, Nurul Ajleaa Azmi menyerahkan borang kertas pencalonan kepada Maimun Jusoh, hari ini.
KUALA TERENGGANU - Warga emas, Maimun Jusuh, 94, yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2008, kali ini menawarkan diri sebagai calon di kawasan pilihan raya parlimen yang sama - Kuala Terengganu.

   
Lebih mesra dengan panggilan Tok Mon, beliau berkata hasratnya untuk bertanding lagi ialah "atas amanah orang lama".
   
"Menang (atau) kalah, tok bertanding sahaja sebab mengingatkan amanah orang," katanya kepada pemberita ketika datang seorang diri dengan 'teksi sapu' untuk mengambil borang penamaan calon di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya negeri di sini.
   
Kedatangan beliau menarik perhatian wakil media yang berada di situ. KLIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...