Translate

10/04/2013

NIAT ORANG PAS DALAM PRU 13 ADAKAH TIDAK BERSIH ??


Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengingatkan ahli dan jentera parti agar membetulkan niat perjuangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13). KLIK atau memang sudah ada tersirat dan tersurat NIAT JAHAT untuk dilaksanakan semasa kempen berlangsung dan hari mengundi ??


Namun persoalan apakah benar Pas sekarang melaksanakan perjuangan yang berlandaskan kepada nilai-nilai Islam?

Apakah nilai-nilai Islam yang dimaksudkan oleh Pas termasuk mendoakan kehancuran sekumpulan umat Islam lain semata-mata kerana perbezaan ideologi politik?
Apakah nilai-nilai Islam ala Pas itu termasuk dengan begitu mudah menuduh parti yang dianggotai oleh majoriti umat Islam lain sebagai murtad?

Apakah nilai-nilai Islam cara Pas ialah membenarkan pemimpin-pemimpinnya hanya mendiamkan diri apabila ada sekutunya melakukan tindakan atau ucapan yang bertentangan dengan kehendak Islam?

Apakah nilai-nilai Islam Pas sentiasa melihat mereka sahaja betul sedangkan orang lain buruk belaka?

Apakah nilai-nilai Islam Pas ialah memburu kuasa politik dengan apa cara sekali pun biar pun prinsip perjuangan sendiri sanggup digadaikan? KLIK

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...