Translate

10/12/2019

NEGARAKU BAHASA CINA, SILA PANTAU SJKC SARANG KOMUNIS

LAMBANG NEGARA TAK BOLEH DITERJEMAH KE BAHASA LAIN:
APA sudah jadi dengan Malaysia? Setiap hari ada sahaja berita dan isu yang mengejutkan, yang teramat asing dan terlalu sensitif. Apa tujuan semua ini? Pasti ada sesuatu yang begitu kuat untuk mencabar kedaulatan negara dan merosakkan jati diri negara.

Terkejut saya mendengar lagu Negaraku, lagu kebangsaan, dinyanyikan dalam bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Saya tidak pasti lokasi SJKC berkenaan, tetapi menyanyikan lagi Negaraku dalam versi Mandarin adalah AMAT BIADAB KURANG AJAR DAN SANGAT KETERLALUAN.
Saya harap video yang dihantar kepada saya itu tidak betul. Saya masih belum jumpa dalam carian YouTube. Jika betul, ini komen saya:
Atas dasar apa lagu Negaraku perlu diterjemahkan dalam bahasa Cina dan dinyanyikan dalam majlis rasmi sekolah?
Tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun di dunia ini, kecuali ultra kiasu dan komunis di Malaysia. Tindakan tegas mesti dilakukan.
Jika sekadar terjemahkan lagu Negaraku untuk tatapan umum seperti ini:
https://www.youtube.com/watch?v=IARpT12z3fg, pada saya masih boleh diterima. Lagu Negaraku diterjemahkan dalam bahasa Arab, bukan untuk dinyanyikan dalam majlis rasmi.
Tetapi, menyanyikan dalam majlis rasmi seperti di perhimpunan sekolah (kelas), perhimpunan pejabat (awam), majlis rasmi negara (dalam dan luar negara) dan lain-lain, tidak boleh diterjemahkan sama sekali. TIDAK BOLEH SAMA SEKALI.

30/11/2019

LIM GUAN ENG MEMANG KAKI PENIPU SERTA PEMBOHONG

"SMART ENEMY, IS EXACTLY YOU THINK YOU SAFE"

Tengok muka Lim Guan Eng tu, itulah muka ORANG YANG KALAH (Economy Loser) yang pernah ada dalam lipatan SEJARAH.

 JUAL ASET KONONNYA NAK BAYAR HUTANG.

 tapi hakikatnya hutang semakin bertambah, pelabur pula PAKAT LARI.

 DALAM AGENDA DAP KE 7 BUKAN MAIN LAGI; "GLC DITERAJUI BUKAN MELAYU. MELAYU TIDAK BERPOTENSI BERNIAGA BERBANDING CINA PAKAR DALAM EKONOMI"

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mendakwa LIM GUAN ENG kelakar kerana mendakwa beliau berbohong berhubung postingnya tentang kedudukan hutang negara.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, pada 29 Oktober lalu beliau membuat posting bahawa KERAJAAN PAKATAN HARAPAN (PH) TELAH TERLEBIH PINJAM RM19 BILION setakat hari itu dan jika tidak diperbetulkan maka defisit negara akan mengalami perbezaan sangat besar.
Dalam posting itu, Najib turut mendakwa PH telah pinjam RM10 bilion dalam bulan Oktober tetapi setakat 29 Oktober, kerajaan belum bayar balik satu sen hutang untuk bulan tersebut.
Selepas posting itu, beliau mendakwa, kerajaan PH cepat-cepat bayar balik RM11.8 bilion pada 31 Oktober.
“Ya, bayar sebanyak RM11.8 bilion pada satu hari sahaja walaupun PH sering kata kita sudah bankrap.
“Selepas bayar balik pada 31 Oktober, GUAN ENG pun keluarkan satu siaran akhbar bahawa “siapa yang kata kerajaan PH tidak bayar satu sen hutang pada bulan Oktober MERUPAKAN PEMBOHONG TEGAR, JAHIL ATAU TIDAK MAMPU MEMBACA DATA KEWANGAN SECARA TEPAT”,” kata Najib.
Bagaimanapun, Najib mempertahankan bahawa kenyataan belum bayar balik hutang itu dibuat pada 29 Oktober.
“31 Oktober, kamu bayar balik RM11.8 bilion dalam satu hari. 2 November, kamu buat siaran media kata saya berbohong pada 29 Oktober? Mana akal?,” soal Najib.
Sedangkan, tambahnya, siaran media yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan itu mengesahkan bahawa setelah bayar balik RM11.8 bilion, kerajaan masih lari bajet.
Ini kerana, setakat akhir bulan Oktober (termasuk bayaran balik RM11.8b itu), kerajaan masih terlebih pinjam kerana jumlah pinjaman bersih adalah RM59.3 bilion – iaitu RM7.4 bilion lebih besar daripada rancangan RM51.9 bilion yang dijanji.
“Kita tengok jka dia akan perbetulkan keadaan ini pada dua bulan terakhir tahun ini. Saya akan terus pantau,” ujarnya.
Rujukan:KLIK DISINI

26/11/2019

INILAH DIA AKIBAT MELANTIK KP SPRM YANG TIDAK ADA KUALITI

APAKAH SPRM TAKUT MENDAKWA ZAKARIA HAMID bekas Setpol Baru Bian Menteri Kerja Raya?

Kenapa pula SPRM hantar surat kepada PKR supaya parti itu yang ambil tindakan terhadap Zakaria Hamid. Kenapa ini berlaku di pemerintahan Malaysia Baru?

Timbalan Ketua Pesurujaya SPRM AZAM BAKI MENGAKU IANYA SILAP DAN TIDAK SEPATUNYA BERLAKU.

Memanglah tidak sepatutnya berlaku, kerana SPRM bukan baru wujud. Mana mungkin SPRM bayi baru lahir macam Kerajaan PH.

Pengerusi lembaga disiplin PKR Ahmad Kassim berkata parti itu menerima surat SPRM pada 23 Oktober l2019.

Zakaria dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan berjumlah sekurang-kurangnya RM300,000 kepada pemimpin tempatan PKR semasa bertanding kerusi majlis kepimpinan pusat PKR.

Rakyat wajar bimbang bahawa LATHEEFA KOYA MASIH ADA AGENDA POLITIK. Dia bekas pimpinan Pusat PKR. Apakah dia mahu menyelamatian maruah seseorang dalam PKR.

INI KESALAHAN BESAR. Tetapi memang rakyat semakin tidak mempercayai SPRM. WAJAR LATHEEFA KOYA LETAK JAWATAN.

Mohd Puad Zarkashi
26/11/2019

22/11/2019

RAMAI WAKIL RAKYAT KITAR SEMULA PUNCA PH GAGAL MENTADBIR NEGARA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang tampil berbahas buat kali pertama selepas mengangkat sumpah Isnin lalu, menjadi tumpuan ahli Dewan ketika membangkitkan isu banjir di Kampung Ulu Pulai, Pontian.
Isu itu mendapat perhatian RSN Rayer (PH-Jelutong) (INI CONTOH SALAH SEORANG DARIPADANYA) yang mencelah dan bertanya sama ada Jeck Seng pernah membangkitkannya ketika menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal sebelum ini.
“Pernah ke Tanjung Piai bangkitkan perkara ini (banjir di Kampung Ulu Pulai) sebelum ini, ketika menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal atau ini baru kali pertama,” katanya.
Jeck Seng yang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, mengakui ia kali pertama dibangkitkan.
Belum sempat Rayer terus ‘menyerang’, Jeck Seng terlebih dulu bersuara dan memberitahu Kampung Ulu Pulai sebelum ini terletak dalam Parlimen Gelang Patah (kini dikenali Iskandar Puteri) yang diwakili Lim Kit Siang daripada DAP.
“Ini kali pertama saya ambil alih kawasan berkenaan. Saya bangkit untuk tuntut supaya kerajaan bertanggungjawab dan menjaga kawasan saya.
“Jika sebelum ini, Jelutong (Rayer) kena tanya apa Gelang Patah (Kit Siang) buat,” katanya sambil disambut sorakan wakil pembangkang lain.
Terdahulu, Jeck Seng meminta kerajaan segera mendalamkan Sungai Pulai dan melihat kembali jajaran pembentung serta saliran bagi mengelak banjir di Kampung Ulu Pulai berulang.
Rujukan: KLIK DISINI

21/10/2019

JAWAPAN BODOH SEORANG PERDANA MENTERI

Malaysia hampir bankrap sebab 1MDB - Dr Mahathir (HATI BUSUK)

TAK HABIS-HABIS NAK MENYALAHKAN ORANG LAIN, KERJA TAK BUAT JUGAK...... DASAR MUNAFIK
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, hampir suatu keajaiban Malaysia tidak bankrap akibat kerosakan yang dilakukan rejim kleptokratik terdahulu, yang menjadikan tabung negara sebagai milik peribadi.
Perdana Menteri berkata, kerosakan berkenaan bukan sahaja berkaitan kewangan tetapi juga keinstitusian.
“Salah satu daripada cabaran terbesar selepas menumbangkan rejim kleptokratik itu ialah membersihkan kerosakan yang ditinggalkan dan membina semula negara,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan ISIS Praxis, ‘Malaysia Beyond 2020’, di sini.
Dr Mahathir berkata, ia akan mengambil banyak usaha, masa dan kewangan, sambil menambah “apa yang kami temui adalah jauh lebih teruk daripada apa yang kami percaya”.
“Tidak dinafikan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) satu monstrositi, kita tidak akan dapat menilai sepenuhnya, kerosakan yang disebabkannya kepada negara,” katanya.
Melebihi rasuah dan tipu helah kewangan, Perdana Menteri berkata, seluruh jentera kerajaan telah disubversif dan dilemahkan.
Katanya, sejumlah besar pendapatan kerajaan kini perlu digunakan untuk membayar hutang dan jumlah yang tinggal tidak mencukupi untuk operasi dan pembangunan.
“Ia hampir suatu keajaiban yang negara ini tidak bankrap,” katanya.
Katanya, bagi memulih dan membangunkan negara, jentera kerajaan perlu dipulihkan dan efisien.  - BERNAMA

20/10/2019

SELEPAS SETAHUN MALAYSIA DI TADBIR PH ADAKAH TINDAKKAN AKU SALAH MENJATUHKAN KERAJAAN BN YANG DI PIMPIN OLEH NAJIB RAZAK ?

Ada hamba Allah tanya aku soalan ni pada aku guys maka aku nak jawab di sini . Jawapan aku agak keras tetapi itu semua kau perlu telan ya.
PERTAMA ,
YES KAU MELAKUKAN KESILAPAN YANG SANGAT BESAR dalam hidup kau apabila kau menjatuhkan seorang pemimpin dan parti yang BAGUS yang pernah malaysia PUNYA .
BN tak perlu di cuba , BN tak perlu di DI BERI PELUANG kerana SELAMA KAU HIDUP DI MALAYSIA BN lah yang memerintah Malaysia dari sejak merdeka sehingga 9 Mei 2018 .
Kalau nak cerita soal APA YANG BN DAH LAKUKAN UNTUK MALAYSIA terlalu banyak sampai kau pun tak mampu nak membalasnya .
Kau tak meneliti , kau tak mengkaji , kau tak tabayyun hatta terima kasih pun tidak kau ucapkan apabila BN memerintah malaysia yang di ketuai oleh NAJIB RAZAK pada ketika itu.
YANG KAU BUAT ADALAH KOMPLEN, MAKI, HINA, CERCA DAN PERCAYA FITNAH. Yes itu kau. Itu yang kau buat semasa dia memerintah. Maka mana pergi akal dan minda kau pada waktu ini?
Selepas kau jatuhkan BN especially NAJIB adakah kau nampak MALAYSIA DALAM KEADAAN YANG BAIK?
Jawapannya TIDAK. TIDAK DARI SEGI KEMAKMURAN, TIDAK DARI SEGI EKONOMI, TIDAK DARI SEGI INFRASTRUTUR DAN TIDAK DARI SEGI RAKYAT.
Dan apabila kesemua itu tidak baik tidakkah kau rasa tindakkan kau menjatuhkan NAJIB itu satu tindakkan yang bodoh?
Umpama kau sudah berkahwin sudah ada bini cantik yang selesa yang boleh jaga diri kau dan anak-anak kau bonus pandai masak lagi tetapi kau kekonon nak cari bini yang lebih hot dan seksi end sudahnya KAU DI KENCING saja .
Maka di sini sapa yang bodoh ? Tentunya adalah Kau sebab kau tak menghargai apa yang kau dah ada konon nak cari lebih sempurna .
KEDUA,
Yes MEMANG SALAH kerana satu undi kau untuk menjatuhkannya akibatnya hari ni ekonomi MALAYSIA ranap dek kerana undi kau yang konon nak perubahan yang lebih baik. TIDAK KAH KAU RASA BERSALAH bila kau melihat ekonomi negara kau sendiri terumbang ambing akibat dari tangan kau yang memangkah?
Ada orang kata nak mana boleh bandingkan PH setahun dan BN 60 tahun . Apasal tak boleh? BN dah buat cantik , benda dah nampak kemajuannya bakal muncul kelak jalannya sudah di bawa oleh BN DAN NAJIB tetapi hancur jalanya akibat kebodohan kau .
Dan akibat kebodohan kau Kini Aset negara habis di jual, para pelabur cabut lari, hutang negara meningkat baru setahun memerintah bukan mengurangkan hutang tetapi MENINGKAT HUTANG, JANJI SEMUA PALSU DAN MUNAFIK .
Eh kau ingat dengan semua yang PH dah buat tu senang ke nak betul kan balik? Ini baru betul MALAYSIA SUDAH JAHANAM . JAHANAM DI BAWAH PH BUKAN DI BAWAH NAJIB .
Zaman NAJIB tak ada jadi macam ni. Maka tidak nampak lagi kah kau?
KETIGA,
KUFUR NIKMAT .
Apabila kau kufur nikmat maka Azabnya amat lah perit . Dan apabila kau tak tahu bersyukur maka layaklah kau dapat pemerintah hari ni yang kencing sana sini .
AKHIR KALAM ,
BN tak perlu di cuba kerana sudah nampak hasilnya selama puluhan tahun . Jika benar lah BN gagal dalam mentadbir negara AKU YAKIN kau pun tak mampu nak bekerja dan tak mampu nak makan .
Kau mampu makan sedap-sedap , melancong sana sini , bekerja pun kerja yang baik , gaji pun tinggi , keluarga pun hidup senang , rumah pun besar MAKA tanya pada diri kau adakah kau mampu dapatkan tu semua jikalau negara tidak uruskan dengan baik ?
Rezeki Allah yang beri tetapi jikalau negara tidak diuruskan dengan baik oleh pemimpin yang diamanah kan untuk menjaga negara dan rakyatnya maka kau pun tak kan mampu sampai ketahap itu .
Sekian ,

13/10/2019

LTTE: POLIS TAK BUAT KENYATAAN ITU, MANA GUAN ENG DAPAT MAKLUMAT? – DATUK AYOB KHAN

KUALA LUMPUR – Polis menafikan KENYATAAN SETIAUSAHA AGUNG DAP LIM GUAN ENG BAHAWA PIHAK BERKUASA ITU MEMBERI JAMINAN TIDAK ADA LAGI PEMIMPIN DAP YANG ADA KAITAN DENGAN KUMPULAN PENGGANAS HARIMAU PEMBEBASAN TAMIL EELAM (LTTE) AKAN DITAHAN.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata beliau sendiri tidak pasti dari mana Lim mendapat maklumat berkenaan, namun menegaskan TIADA SEBAB PIHAKNYA MENGHENTIKAN SIASATAN sekiranya ada pemimpin DAP dikaitkan dengan LTTE.

“Saya tidak pasti dari mana dia dapat input (maklumat). Yang pastinya bukan dari saya. Saya tidak pernah keluarkan kenyataan bahawa kita akan hentikan siasatan, tidak ada sebab kita hentikan siasatan. Kenyataan itu bukan dari saya.

“KENAPA KITA PERLU HENTIKAN SIASATAN, ADAKAH KERANA DISEBABKAN PARTI DAP, KITA PERLU HENTIKAN SIASATAN? TIDAK ADA. Kita akan terus menjalankan siasatan kalau ada cukup asas dan bukti,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Khamis lalu, Lim dilaporkan berkata polis memaklumkan bahawa tidak ada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan dalam operasi membanteras perkembangan gerakan LTTE di Malaysia.

Kenyataan Lim itu dibuat selepas polis menahan seorang EXCO KERAJAAN NEGERI MELAKA, G SAMINATHAN yang juga merupakan ADUN GADEK dan ADUN SEREMBAN JAYA P GUNASEKARAN.

Ayob Khan berkata, tangkapan dibuat polis bukanlah menjurus kepada segelintir pemimpin dari parti politik tertentu, khususnya DAP, tetapi menegaskan tangkapan yang dibuat adalah bersifat secara menyeluruh.

Rujukan: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...