Malaysia
hampir bankrap sebab 1MDB - Dr Mahathir (HATI BUSUK)
TAK HABIS-HABIS NAK MENYALAHKAN ORANG LAIN,
KERJA TAK BUAT JUGAK...... DASAR MUNAFIK
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad
hari ini berkata, hampir suatu keajaiban Malaysia tidak bankrap akibat
kerosakan yang dilakukan rejim kleptokratik terdahulu, yang menjadikan tabung
negara sebagai milik peribadi.
Perdana Menteri berkata, kerosakan
berkenaan bukan sahaja berkaitan kewangan tetapi juga keinstitusian.
“Salah satu daripada cabaran terbesar
selepas menumbangkan rejim kleptokratik itu ialah membersihkan kerosakan yang
ditinggalkan dan membina semula negara,” katanya dalam ucaptama pada
Persidangan ISIS Praxis, ‘Malaysia Beyond 2020’, di sini.
Dr Mahathir berkata, ia akan mengambil
banyak usaha, masa dan kewangan, sambil menambah “apa yang kami temui adalah
jauh lebih teruk daripada apa yang kami percaya”.
“Tidak dinafikan 1MDB (1Malaysia
Development Berhad) satu monstrositi, kita tidak akan dapat menilai sepenuhnya,
kerosakan yang disebabkannya kepada negara,” katanya.
Melebihi rasuah dan tipu helah
kewangan, Perdana Menteri berkata, seluruh jentera kerajaan telah disubversif
dan dilemahkan.
Katanya, sejumlah besar pendapatan
kerajaan kini perlu digunakan untuk membayar hutang dan jumlah yang tinggal
tidak mencukupi untuk operasi dan pembangunan.
“Ia hampir suatu keajaiban yang negara
ini tidak bankrap,” katanya.
Katanya, bagi memulih dan membangunkan
negara, jentera kerajaan perlu dipulihkan dan efisien. - BERNAMA