KUALA
LUMPUR: Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang tampil berbahas buat
kali pertama selepas mengangkat sumpah Isnin lalu, menjadi tumpuan ahli Dewan
ketika membangkitkan isu banjir di Kampung Ulu Pulai, Pontian.
Isu itu
mendapat perhatian RSN Rayer (PH-Jelutong) – (INI CONTOH SALAH
SEORANG DARIPADANYA) yang mencelah dan bertanya sama ada Jeck Seng
pernah membangkitkannya ketika menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal sebelum
ini.
“Pernah
ke Tanjung Piai bangkitkan perkara ini (banjir di Kampung Ulu Pulai) sebelum
ini, ketika menjadi Ahli Parlimen selama dua penggal atau ini baru kali
pertama,” katanya.
Jeck
Seng yang membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa
bagi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,
mengakui ia kali pertama dibangkitkan.
Belum
sempat Rayer terus ‘menyerang’, Jeck Seng terlebih dulu bersuara dan
memberitahu Kampung Ulu Pulai sebelum ini
terletak dalam Parlimen Gelang Patah (kini dikenali Iskandar Puteri) yang
diwakili Lim Kit Siang daripada DAP.
“Ini
kali pertama saya ambil alih kawasan berkenaan. Saya bangkit untuk tuntut
supaya kerajaan bertanggungjawab dan menjaga kawasan saya.
“Jika
sebelum ini, Jelutong (Rayer) kena tanya apa Gelang Patah (Kit Siang) buat,”
katanya sambil disambut sorakan wakil pembangkang lain.
Terdahulu,
Jeck Seng meminta kerajaan segera mendalamkan Sungai Pulai dan melihat kembali
jajaran pembentung serta saliran bagi mengelak banjir di Kampung Ulu Pulai
berulang.