"SMART ENEMY, IS EXACTLY YOU
THINK YOU SAFE"
Tengok
muka Lim Guan Eng tu, itulah muka ORANG YANG KALAH (Economy Loser) yang pernah ada dalam lipatan SEJARAH.
✔️ JUAL ASET KONONNYA NAK
BAYAR HUTANG.
✔️ tapi hakikatnya hutang
semakin bertambah, pelabur pula PAKAT LARI.
✔️ DALAM AGENDA DAP KE 7 BUKAN
MAIN LAGI; "GLC DITERAJUI BUKAN MELAYU. MELAYU TIDAK BERPOTENSI BERNIAGA
BERBANDING CINA PAKAR DALAM EKONOMI"
KUALA LUMPUR – Datuk Seri
Najib Razak mendakwa LIM GUAN ENG kelakar kerana mendakwa
beliau berbohong berhubung postingnya tentang kedudukan hutang negara.
Bekas Perdana Menteri itu
berkata, pada 29 Oktober lalu beliau membuat posting bahawa KERAJAAN
PAKATAN HARAPAN (PH) TELAH TERLEBIH PINJAM RM19 BILION setakat hari itu dan jika
tidak diperbetulkan maka defisit negara akan mengalami perbezaan sangat besar.
Dalam posting itu, Najib
turut mendakwa PH telah pinjam RM10 bilion dalam bulan Oktober tetapi setakat
29 Oktober, kerajaan belum bayar balik satu sen hutang untuk bulan tersebut.
Selepas posting itu, beliau
mendakwa, kerajaan PH cepat-cepat bayar balik RM11.8 bilion pada 31 Oktober.
“Ya, bayar sebanyak RM11.8
bilion pada satu hari sahaja walaupun PH sering kata kita sudah bankrap.
“Selepas bayar balik pada 31
Oktober, GUAN ENG pun keluarkan satu siaran akhbar bahawa “siapa yang kata kerajaan
PH tidak bayar satu sen hutang pada bulan Oktober MERUPAKAN PEMBOHONG TEGAR, JAHIL
ATAU TIDAK MAMPU MEMBACA DATA KEWANGAN SECARA TEPAT”,” kata Najib.
Bagaimanapun, Najib
mempertahankan bahawa kenyataan belum bayar balik hutang itu dibuat pada 29
Oktober.
“31 Oktober, kamu bayar balik
RM11.8 bilion dalam satu hari. 2 November, kamu buat siaran media kata saya
berbohong pada 29 Oktober? Mana akal?,” soal Najib.
Sedangkan, tambahnya, siaran
media yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan itu mengesahkan bahawa setelah
bayar balik RM11.8 bilion, kerajaan masih lari bajet.
Ini kerana, setakat akhir
bulan Oktober (termasuk bayaran balik RM11.8b itu), kerajaan masih terlebih pinjam
kerana jumlah pinjaman bersih adalah RM59.3 bilion – iaitu RM7.4 bilion lebih
besar daripada rancangan RM51.9 bilion yang dijanji.
“Kita
tengok jka dia akan perbetulkan keadaan ini pada dua bulan terakhir tahun ini.
Saya akan terus pantau,” ujarnya.
Rujukan:KLIK DISINI