Translate

02/12/2015

PAS DIRESAPI IS:TUDUHAN BERAT MAT SABU



Mat Sabu sekali lagi melancarkan serangan ke atas PAS, apabila mendakwa parti itu telah diresapi pemikiran pengganas IS.

“Saya sebagai presiden Amanah menuntut satu kajian serius dibuat Polis Cawangan Khas (SB) kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia,” kata Mohamad dalam wawancara bersama The Malaysian Insider merujuk kepada pemikiran ISIS dalam PAS.

Budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan. Menurut pandangan takfiri, mereka yang “dikafirkan” halal darahnya untuk dibunuh.

01/12/2015

LANGKAH BIJAK DAN TIDAK MENYUSAHKAN RAKYAT !!!

Perlis tidak ikut haram vape

KANGAR 1 Dis. - Kerajaan negeri tidak akan mengikuti jejak langkah kerajaan negeri Johor yang mengharamkan penggunaan alat itu pada masa sekarang sebaliknya berpendapat, sebarang keputusan perlulah menunggu hasil kajian tentang isu tersebut daripada Kementerian Kesihatan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Kali Ke-13 di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

30/11/2015

KEEGOAN KU NAN PERLU DIHENTIKAN DEMI PERPADUAN PARTI

KUALA LUMPUR, 30 November: Kuasa memecat dan membatalkan keahlian ahli Umno hanya boleh dilakukan Majlis Tertinggi parti itu, bukannya Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili bekas ahli Umno, Anina Saadudin berhujah demikian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, S. Nantha Bala, ketika mendengar permohonan Tengku Adnan untuk membatalkan saman dikemukakan bekas perwakilan Wanita Umno Langkawi itu, kerana memecatnya daripada Umno.

Mohamed Haniff berkata, Tengku Adnan yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Nan, merupakan defendan pertama dalam saman itu dan telah bertindak bertentangan Perlembagaan Umno, kerana tiada peruntukan dalam perlembagaan parti itu menyatakan tanggungjawabnya termasuk melucutkan keahlian mana-mana ahli Umno.

29/11/2015

PANAS: LIM GUAN ENG BALIK KE MELAKA ??

KUALA LUMPUR, 28 November:

Sehari sebelum pemilihan DAP Pulau Pinang, esok, sekumpulan yang membabitkan 40 orang mengadakan bantahan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sambil mengangkat sepanduk yang menuntut supaya Ketua DAP Pulau Pinang yang juga Ahli Majlis Eksekutif Negeri, Chow Kon Yeow diangkat sebagai Ketua Menteri, tuntutan lain yang dikemukakan mereka termasuk supaya Guan Eng kembali ke Melaka, semula.

Bantahan itu menjadi satu lagi cabaran buat kepimpinan Lim sejak 2008 ketika dia sebelum ini diminta untuk bertanding dalam pemilihan berkenaan serta membuktikan bahawa dia mendapat sepenuhnya sokongan daripada ahli DAP Pulau Pinang.

28/11/2015

PEMERINTAHAN NAJIB AKAN BERAKHIR ???

IPOH, 27 November: Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman menerima keputusan pemecatannya daripada parti dengan lapang dada dan hati terbuka serta yakin ada hikmah di sebalik ketentuan Allah itu.

“Saya masih berjiwa Umno walaupun dipecat daripada parti kerana saya telah bersama dengan Umno selama hampir 33 tahun. Banyak onar dan duri yang telah saya tempuhi. Umno sudah sebati dalam jiwa saya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hamidah, yang dipecat daripada Umno pada Selasa kerana melanggar disiplin parti, berkata perjuangan dalam karier politiknya tidak akan berakhir setakat itu dan akan tetap diteruskan demi rakyat serta negara.

27/11/2015

SAH MUHYIDDIN DAN MAHATHIR DI SINGKIR DARIPADA UMNO !!!

IPOH, Khamis – Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Mohd Kassim berkata, Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dikenakan tindakan disiplin selepas beberapa kali melakukan perkara yang melanggar etika parti.

Menurutnya, cadangan untuk mengeluarkan Timbalan Presiden dan bekas Presiden Umno itu daripada keahliannya telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi UMNO empat bulan lalu oleh jawatankuasa bahagian itu.

26/11/2015

MJ NURUL MEROYAN TAHAP KRITIKAL !!!

KOTA KINABALU, 26 November:

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul khas melarang dua Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki negeri itu.

Usul dibentangkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah itu disokong oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan diluluskan selepas hampir dua jam dibahaskan oleh anggota dewan pada persidangan itu.

Sebanyak 47 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong usul khas di bawah Peraturan Tetap 31 (3) manakala tiga ADUN berkecuali.

Bagaimanapun, lima ADUN pembangkang iaitu daripada PKR dan DAP keluar dewan sebelum pengundian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...