KUALA
LUMPUR, 30 November: Kuasa memecat dan membatalkan keahlian ahli Umno
hanya boleh dilakukan Majlis Tertinggi parti itu, bukannya Setiausaha Agung
Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Peguam,
Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili bekas ahli Umno, Anina Saadudin
berhujah demikian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, S. Nantha
Bala, ketika mendengar permohonan Tengku Adnan untuk membatalkan saman
dikemukakan bekas perwakilan Wanita Umno Langkawi itu, kerana memecatnya
daripada Umno.
Mohamed
Haniff berkata, Tengku Adnan yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Nan,
merupakan defendan pertama dalam saman itu dan telah bertindak bertentangan
Perlembagaan Umno, kerana tiada peruntukan dalam perlembagaan parti itu
menyatakan tanggungjawabnya termasuk melucutkan keahlian mana-mana ahli Umno.
