Translate

10/11/2015

AMBIGA BUAT HAL LAGI, LU SIAPA AMBIGA ???

Ambiga Sedia Kerjasama Dengan Tun M Perbaiki Sistem Kerajaan
BANDAR SUNWAY: Ambiga Sreenevasan bersedia untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya jika beliau bersedia untuk memperbaiki sistem kerajaan negara.

"Jika Dr Mahathir mengambil berat tentang apa yang telah berlaku sejak 30 tahun lalu, jika memang beliau sedang cuba untuk menyelesaikannya selain hanya mahu menyingkirkan seorang perdana menteri, maka saya fikir kita harus terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang cuba untuk melakukannya," kata bekas presiden Majlis Peguam itu.

Beliau berkata, keseluruhan sistem perlu diubah selain menggantikan Najib sebagai perdana menteri. (MACAM LAH PANDAI SANGAT ???)

09/11/2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI DIWALI

HUSAM DINASIHATKAN SUPAYA MENJADI GEMBALA KAMBING BOUR !!

KOTA BHARU - Tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa membuat kritikan terbuka terhadap presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah tidak wajar kerana ia memberi kesan kepada parti.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata Husam sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan.   

"Tidak kena mengkritik atau menyerang parti dan presiden secara terbuka. Kita selalu sebut kita ada saluran.

07/11/2015

Bila Rafizi Terlibat, Debat Tukar Jadi Kempen Politik

BAGUSLAH bila Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy menolak untuk berdebat dengan Rafizi, bila Tony Pua yang mula-mula mencabarnya berdebat dulu, menarik diri atas alasan kononnya Speaker tak bagi (Speaker yang sama juga larang Arul sebagai saksi PAC dari terlibat debat).

Inilah politik parti pembangkang, bahagian yang Speaker larang Tony tu dia highlight besar-besar, sementara bahagian yang Speaker halang Arul pun dari terlibat, dia pendam dan diam - sebab itu pembangkang namakan Rafizi sebagai pengganti. Kalau isunya hormat Speaker, buat apa nak namakan Rafizi pulak, batalkan teruslah?

Nampak permainannya tu?

Lagipun pemilihan Rafizi ini menampakkan bahawa pembangkang, terutama DAP sudah tidak ada siapa yang nak diketengahkan untuk berhadapan dengan Arul. Rafizi ini kita tahulah, dia hanya minat nak politikkan keadaan, bukan nak cari jawapan dari Arul. Penulis tak hairan kalau debat ini tukar jadi kempen politik bila Rafizi terlibat.

06/11/2015

Kerajaan jangan hipokrit dalam isu vape

SHAH ALAM - Pemuda Amanah mengingatkan kerajaan BN supaya tidak hipokrit dengan keputusannya untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape sedangkan tindakan menyita kedai yang menjualnya masih berlaku.

Naib Ketua Politiknya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, tindakan drastik kerajaan itu hanya mengundang cemuhan anak muda yang majoritinya mengguna dan menjalankan perniagaan tersebut.

"Bermula dengan fatwa pengharaman vape oleh mufti, kemudian sokongan terbuka Datuk Seri Ismail Sabri terhadap pengguna vape.

02/11/2015

FATWA IKUT PERASAAN Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ????

Haram rokok tidak ditekan, vape pula ditegas

SHAH ALAM“Adalah menghairankan apabila ada pihak yang bertegas keras tentang vape tetapi tidak bertegas tentang pengharaman rokok,” demikian pendapat Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya, isu pengharaman rokok bagaikan dilupakan sedangkan fatwa tentang pengharamannya jelas.

“Fatwa pengharaman ke atas rokok hampir sepakat, namun dalam masa yang sama, hanya vape yang 'kelihatan' haram.

“Kesan zahir vape di sudut bau busuk mulut, tidak seperti rokok yang jelas busuk yang menyebabkan penghisap rokok itu dilarang hadir berjemaah di masjid kerana bau busuknya, demikian ketika pergaulan.

01/11/2015

TUN MAHATHIR PUNCA SEGALA KEMELUTAN DI DALAM NEGARA ???


KUALA LUMPUR - Isu yang melibatkan syarikat milik kerajaan 1MDB menjadi semakin hangat apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mula membangkitkan isu ’kehilangan’ wang RM42 bilion daripada syarikat itu.

Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy berkata, kritikan yang dilontarkan oleh Dr Mahathir mencetuskan kontroversi terhadap syarikatnya sehingga menarik minat banyak pihak.

“Persepsi mula wujud apabila pembangkang mula membangkitkan isu dalam 1MDB, (tetapi) selepas pembangkang dilihat gagal isu terbesar apabila Dr Mahathir mula menuduh RM42 bilion hilang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...