Keharmonian negara tercinta baru-baru ini telah dikucar-kacirkan oleh segelintir manusia yang bergelar PENJENAYAH DAN PENGKHIANAT KEDAMAIAN.
Namun begitu seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian berasa lega dan berterima kasih kepada kerajaan yang telah meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.
KUALA LUMPUR 10 Okt. - Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, yang dibahaskan sejak semalam.
Rang undang-undang bagi meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959, yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, digubal kerana adanya keperluan bagi mengekang aktiviti jenayah berat dan jenayah terancang yang semakin meningkat.