Translate

05/10/2013

Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2013 Sirkit 3 di Bukit Mawi, Marang


Marang: Harian Metro Mountain Bike (MTB) Grand Prix 2013 Sirkit 3 di Bukit Mawi di sini, mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat sukan lasak apabila lebih 1,000 peserta membuat pendaftaran di dewan Majlis Daerah Marang, di sini, semalam.
Jumlah itu sekali gus mencapai sasaran yang sebelum ini hanya menyasarkan seramai 1,000 peserta berbanding dua lokasi sebelum ini, Putrajaya bagi Sirkit 1 dan Kellie’s Castle, Perak bagi Sirkit 2 dengan penyertaan melebihi 1,500 peserta.
Peringkat awal pihak penganjur menjangka penyertaan kurang daripada 1,000 orang tetapi jumlah itu meningkat pada hari pendaftaran apabila ramai peserta yang membuat penyertaan secara ‘walk in’.

Selain peserta tempatan yang sebilangan besarnya dari Terengganu, Kelantan dan Pahang, kejohanan berbasikal lasak ini turut disertai peserta dari Kedah dan antarabangsa seperti Thailand, Brunei, Singapura, Holland, Jerman dan Amerika Syarikat.


Beberapa nama besar dalam sukan lasak ini seperti Giant, SBS Giant, Cylomotion dan Armaniz sekali lagi memberi saingan pada peserta lain bagi merebut kejuaraan dua kategori yang dipertandingkan iaitu XCO Race dan Jamboree.
Pertandingan itu akan menguji kemampuan pelumba mengendalikan jentera mereka bagi mengelak kemalangan kerana trek Bukit Mawi memiliki beberapa laluan berliku, mendaki, menuruni bukit dan becak.



Sumber:harianmetro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...