Translate

10/10/2013

Penjawat awam cuai perlu dikenakan tindakan

Pemegang Amanah 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye (gambar), berkata tindakan perlu diambil terhadap penjawat awam yang didapati bertanggungjawab bagi salah laku yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.
Beliau berkata, hasil laporan itu jelas menunjukkan bahawa prinsip utama integriti dan tadbir urus yang betul tidak diamalkan dengan berkesan oleh jabatan dan agensi terlibat.
"Kawalan dalaman dan sistem audit sedia ada mesti dikaji semula secara menyeluruh bagi menghapuskan kelemahan dan, jika perlu, sistem pengurusan risiko juga perlu dikaji.
"Terdapat juga keperluan untuk menggalakkan tip daripada pemberi maklumat dan aduan daripada pegawai yang jujur dan dedikasi yang boleh membantu memerangi salah laku dalam mana-mana jabatan dan agensi kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lee berkata, keputusan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi meneliti Laporan Ketua Audit Negara, menangani isu berkenaan dan mengenalpasti semua yang bertanggungjawab, adalah langkah betul kerana ia selaras dengan apa yang perlu dilakukan oleh sebuah kerajaan bertanggungjawab. Bernama, 8 Oktober, 2013.
Sumber: KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...