Jumaat, 11 Oktober 2013

MALAYSIA AKAN KEMBALI AMAN SETELAH PCA DILULUSKAN


Keharmonian negara tercinta baru-baru ini telah dikucar-kacirkan oleh segelintir manusia yang bergelar PENJENAYAH DAN PENGKHIANAT KEDAMAIAN.


Namun begitu seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian berasa lega dan berterima kasih kepada kerajaan yang telah meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, yang dibahaskan sejak semalam.

Rang undang-undang bagi meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959, yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, digubal kerana adanya keperluan bagi mengekang aktiviti jenayah berat dan jenayah terancang yang semakin meningkat.

Ia membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat dasar, memberi jaminan bahawa pindaan PCA tidak akan digunakan terhadap musuh politik atau pihak yang berbeza pendapat.

"Saya memberi jaminan PCA ini ditujukan hanya kepada penjenayah sahaja. Ia tidak harus dimanupulasi kononnya untuk menyekat, menahan dan memenjara pihak yang berbeza pendapat dengan kerajaan. Ia adalah untuk mencegah jenayah," katanya.

Wan Junaidi juga menegaskan, pindaan PCA bukanlah secara mutlak mempunyai elemen menahan tahanan tanpa bicara, sebaliknya diseimbangkan dengan elemen hak kemanusiaan dan hak membela diri.

Beliau berkata, pindaan PCA menyasarkan golongan penjenayah terancang dan jenayah berat dengan ada peruntukan untuk tahanan tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO).

"Apa yang berbeza ialah PCA akan diletakkan di bawah lembaga yang dianggotai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat penilaian tanpa kuasa atau campur tangan daripada mana-mana menteri kerana ia adalah badan bebas yang tidak boleh dipengaruhi," katanya.

Sehubungan itu, Wan Junaidi meminta semua pihak melihat pindaan itu secara positif kerana ia mengutamakan keselamatan serta keamanan rakyat dengan memerangi jenayah khususnya jenayah berat dan terancang yang kini masalah besar kepada rakyat dan negara. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...