Isu Murtad : Pas Bukan Saja Gagal Dakwah DAP Tapi PKR
KUALA LUMPUR 5 Nov – Pas hari ini dipersoal apabila dilihat bukan sahaja gagal mentarbiyyah DAP malah dilihat gagal untuk mendidik rakannya PKR berhubung persoalan semasa mengenai Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ilmuan Muda (ILMU) Ustaz Fathul bari Mat Jahaya berkata alangkah baiknya sekiranya mereka memberikan dakwah yang sebaik mungkin kepada rakan-rakannya supaya kontroversi yang menimpa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak berlaku.
Menurut beliau kenyataan Naib Presiden PKR itu dikhuatiri mengelirukan umat Islam dan boleh dianggap sebagai tindakan untuk menyemai fahaman ‘pluralism’ dan semua pihak perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan seumpama itu.