Khamis, 1 November 2012

Kerjasama Suaram, syarikat guaman terbongkar

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) didakwa terlibat dalam satu perancangan bersama dengan sebuah syarikat guaman tempatan terkemuka untuk menjatuhkan Kerajaan Pusat yang dipilih secara sah melalui sistem demokrasi oleh rakyat.

Pendedahan kerjasama antara Suaram dengan syarikat guaman dalam satu ‘misi besar’ itu terbongkar selepas sepucuk surat dengan maklumat palsu yang ditulis peguam syarikat terbabit kepada peguam Perancis, didedahkan oleh Wee Choo Keong (gambar) (Bebas-Wangsa Maju) di Dewan Rakyat hari ini.

Menerusi surat rasmi yang ditandatangani oleh peguam berkenaan dakwa Choo Keong, syarikat guaman tersebut yang banyak mendapat kontrak guaman dengan syarikat milik kerajaan (GLC) mendakwa Suaram sebagai sebuah pertubuhan yang sah melalui Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) walaupun terbukti tidak berdaftar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...