Translate

06/11/2012

PAS GAGAL DALAM SEGALA-GALANYA

Isu Murtad : Pas Bukan Saja Gagal Dakwah DAP Tapi PKR

KUALA LUMPUR 5 Nov – Pas hari ini dipersoal apabila dilihat bukan sahaja gagal mentarbiyyah DAP malah dilihat gagal untuk mendidik rakannya PKR berhubung persoalan semasa mengenai Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ilmuan Muda (ILMU) Ustaz Fathul bari Mat Jahaya berkata alangkah baiknya sekiranya mereka memberikan dakwah yang sebaik mungkin kepada rakan-rakannya supaya kontroversi yang menimpa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak berlaku.
Menurut beliau kenyataan Naib Presiden PKR itu dikhuatiri mengelirukan umat Islam dan boleh dianggap sebagai tindakan untuk menyemai fahaman ‘pluralism’ dan semua pihak perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
“Apabila ILMU bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini pelbagai persepsi ditimbulkan. Macam-macam persepsi yang keluar sedangkan matlamat kita adalah untuk menjelaskan kefahaman yang sebenarnya.
“Dan kenyataan seumpama itu yang kita tidak mahu. Membawa ideologi dan pemikiran semua agama ini sama, tak boleh…..itu pluralisme. Saya kira mana-mana agama tidak menerima kenyataan seperti itu. Jadi saya minta agar kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ”Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.”
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam.
Mengulas lanjut Ustaz Fathul seterusnya menyarankan agar PKR menubuhkan Majlis Ulama agar apa yang berlaku itu tidak akan berulang.
“Saya cadangkan begitula jika mereka tidak mahu merujuk perkara yang sewajarnya kepada sekutu mereka iaitu Pas. Apa pun kenyataan  tersebut memberikan implikasi negatif khususnya kepada umat Islam sedangkan telah banyak usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk memastikan umat Islam agar tidak murtad,“ katanya. -MediaUMNO

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...