Translate

07/11/2012

PRESIDEN PAS KENA MUHASABAH DIRI SEBELUM BERTANDING

Rumah En. Aiman Yap (seorang mualap) yang hampir tersungkur ditelan bumi
terletak kira-kira 100 meter daripada Masjid Rusila
MUHASABAH LAH DIRI SENDIRI SEBELUM DIRI ANDA DITELAN BUMI

Tidak payah lah hendak bertanding ke sana dan ke sini. Bercakap sana dan bercakap sini.  Tengok lah keadaan dipersekitaran MASJID RUSILA tempat keagungan PAS sendiri.

Masyarakat dipersekitaran Masjid Rusila tidak dapat pembelaan langsung, hanya dibiarkan begitu saja.  Rata-rata masyarakat setempat yang ditemui merasakan begitu bosan dengan celoteh dan ceramah yang diadakan di perkarangan Masjid Rusila setiap hari Jumaat, maupun setiap malam yang diadakan sehinggalah ke hari ini oleh Haji Hadi dan rakan-rakannya.

Segala luahan yang disampaikan oleh masyarakat dipersekitaran, bak umpama 'Mencurah Air Didaun Keladi'.  Hanya derma daripada masyarakat diperlukan, tidak kira miskin ataupun papa kedana.

Rumah En. Mohd. Ismail sama seperti diatas terletak kira-kira 100 meter daripada Masjid Rusila

Semak samun menutupi kawasan persekitaran perumahan penduduk.  Tiada jalanraya yang dibuat oleh PAS, hanya yang ada lorong-lorong tar yang dibina oleh Kerajaan BN Negeri Terengganu.

30 tahun menyandang jawatan Ahli DUN dan tiga penggal Parlimen Marang, tiada apa pun yang dilakukan oleh Haji Hadi demi untuk masyarakat.  Hanya pandai bercakap tapi tak pandai melaksanakannya. Bak kata pepatah 'CAKAP TAK SERUPA BIKIN'.

Sepenggal menyandang jawatan Menteri Besar Terengganu tiada satu pun perubahan yang dibuat oleh beliau.

Baguslah kalau beliau bersedia bertanding di Pekan, Pahang pada PRU ke 13,  kerana tanah-tanah di Marang tidak akan menerima jasad beliau untuk dikebumikan di Marang.

Bersambung di episod mendatang - demi untuk menterjemahkan keadaan sebenar-benarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...