Translate

08/11/2012

DILEMMA HAJI JADI DALAM PAS - KEBENARAN YANG MESTI DIBACA OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

Kalau pimpinan PAS mengarahkan saya bertanding di Sabah atau Sarawak pun, saya akan pergi,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) hari ini.

“Saya tidak boleh buat keputusan sendiri, kita terima senarai calon kemudian bincang bersama dan mesti patuh kepada keputusan parti.

“Kalau parti kata tidak bertanding, maka tidak bertandinglah. Kalau bertanding maka bertandinglah.

“Dan di mana sahaja bertanding sekalipun, kalau bertanding di Pekan, Pekan lah. Kalau bertanding di Sabah, Sarawak, maka di Sabah Sarawaklah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Barisan pimpinan tertinggi PAS Pusat yang turut bersama di dalam sidang media itu terus ketawa sebaik sahaja wartawan meminta Abdul Hadi memberi respons berhubung hasratnya untuk bertanding di Pekan.

Kalau mereka yang lama dalam PAS dan faham dengan lenggok bahasa Haji Hadi, pastilah tahu bahawa ada RAJUK di sebalik kenyataan Haji Hadi ini. Kenapa? 
  • Kebanyakan calon yang diketengahkan oleh Haji Hadi tidak diterima pakai oleh pimpinan tertinggi Pusat. Malahan ada beberapa nama dibuang terus oleh pimpinan tanpa mengambil kira kepentingan ‘politik’ Presiden;
  • Haji Hadi terlalu rasa dibayangi menjelang PRU kali ini. Banyak keputusan tidak seperti dibuat di Ibupejabat PAS – sebaliknya di tempat lain (Tropicana, Pejabat MB Kelantan, Segambut dan Seputeh);
  • Kecewa dengan sikap PKR yang tidak mahu mengalah dalam beberapa isu ‘swapping seats’ bersama PAS.
  • Presiden tidak lagi berfungsi dan mempunyai kuasa pemutus;
  • Kalangan Naib-Naib Presiden PAS juga boleh mengambil pendirian sendiri dan tidak lagi memihak kepada Presiden dalam segenap hal strategi politik;
  • Perli kepada Anwar Ibrahim supaya tidak senang lenang bertanding di Permatang Pauh – harus berani berdepan dengan pemimpin UMNO yang lebih kuat;
Haji Hadi pakar retorik dan ilmu mantik. Apa Haji Hadi cakap, tidak semestinya apa yang dia sebenar-benarnya rasakan. Ini semua perlu dipelajari oleh pemimpin Malaysia. Mesej hadi sangat jelas, biar dia KALAH melawan dengan orang yang paling kuat – daripada TERBENAM akibat tikaman rakan-rakan dalam PAS sendiri. Haji Hadi kecewa, kerana pada ketika ini, PAS sedang berada zaman politik sangat jahiliyyah – sehingga sanggup memBONEKAkan seorang Presiden Parti. 

Ini mesej yang lebih dalam daripada kenyataan Haji Hadi. 

Anwar jangan terlampau suka – andai kata Haji Hadi buat keputusan untuk KONAR nanti; merudum Pakatan Rakyat!

Sumber:gelagatanwar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...