Translate

20/11/2020

#SKANDAL FOREX: TUN MAHATHIR NAK SAMAN DS NAJIB


Nak tahu apa jasa PM4/7/7i pada KWSP?

 

Biar saya dedahkan sedikit. Tengok dia berani nafi tak.

 

Pada awal 1980an masa PM4 – terutamanya masa dari 1981 hingga 1987 kadar faedah simpanan tetap yang dibayar bank adalah lebih tinggi daripada kadar dividen KWSP pada masa itu.

 

Bermaksud ianya lebih bermanfaat masa itu untuk simpan wang dalam bank berbanding menabung dalam KWSP.

 

Kenapa begitu?

Semasa dia mula jadi PM, dia telah wujudkan SYARIKAT MAMINCO UNTUK MEMANIPULASIKAN PASARAN TIMAH DUNIA.

 

Malangnya RANCANGAN JAHAT DIA GAGAL DAN MEMAKAN DIRI sehingga telah menjahanamkan buat selama-lamanya seluruh industri timah negara yang merupakan industri utama dan eksport negara utama kita.

 

AKIBATNYA, syarikat Maminco rugi teruk dan terpaksa dibail-out untuk membayar balik pinjaman bernilai RM660 juta (bersamaan dengan nilai sekitar RM10 bilion sekarang memandangkan ianya berlaku 40 tahun dahulu).

 

Apa yang dia buat untuk bail-out Maminco?

 

Dia wujudkan sebuah syarikat yang dinamakan Makuwasa Securities Sdn Bhd.

Rujukan: RKLIK DISINIea



10/10/2020

#TAHNIAH SPRM: [DALANG MACAU SCAM TERBONGKAR] 17 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DISIASAT SPRM

KUALA LUMPUR: Sembilan lagi pegawai kanan polis termasuk beberapa Ketua Polis Daerah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.

 Dengan perkembangan terbaru itu, sehingga kini seramai 17 pegawai dan anggota pasukan keselamatan itu disiasat SPRM berkaitan kes berkenaan. Sebelum ini 8 pegawai dan anggota polis ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes itu.

Sumber SPRM berkata, 9 pegawai kanan itu dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari ini untuk diambil keterangan dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

“Proses mengumpul keterangan sedang giat dijalankan dan sebanyak 736 akaun dibekukan dengan jumlah penyitaan lebih kurang RM101 juta.


“DUA SUSPEK UTAMA KES INI AKAN DIBAWA KE MAHKAMAH MAJISTRET PUTRAJAYA UNTUK DISAMBUNG REMAN ESOK,” katanya kepada Bernama hari ini.

Sumber berkata, sebanyak 39 saksi sudah dirakam percakapan manakala 9 daripada 19 individu yang ditahan masih direman.

“Gerakan mengesan saki-baki sindiket ini ditumpukan kepada agensi penguatkuasaan yang disyaki terlibat dan fasa seterusnya ialah memberi fokus kepada individu atau syarikat yang dikenal pasti terlibat dalam pengubahan wang haram.

“Sebagaimana yang ditegaskan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM (Azam Baki) sebelum ini pihak yang terlibat diminta segera tampil ke SPRM bagi membantu siasatan sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka,” kata sumber itu.

Sumber berkata, SPRM MEMBERI MASA SELEWAT-LEWATNYA HINGGA ISNIN INI UNTUK MEREKA MENYERAH DIRI sebelum SPRM mengambil tindakan menahan mereka.

“Individu dan syarikat yang telah dibekukan akaun mereka juga wajar tampil ke SPRM untuk memberi keterangan mereka. Jangan tunggu sehingga tindakan tegas diambil terhadap mereka,” kata sumber itu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Zamri Yahya sebelum ini berkata, polis sudah memulakan siasatan dalaman melibatkan pelbagai aspek terhadap semua pegawai dan anggota pasukan itu yang ditahan.

Beliau berkata, semua pegawai dan anggota polis yang ditahan itu disyaki salah guna kuasa melindungi sindiket itu serta menerima habuan dalam bentuk wang ringgit dan lain-lain.

Semalam, Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya mengesan ratusan syarikat yang diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket berkenaan.

SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya Ford Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porshe serta beberapa motosikal berkuasa besar dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haram. – FMT

Rujukan:   KLIK DISINI

04/09/2020

PESARA POLIS JUGA LAYAK MENDAPAT BAYARAN SEKALI


Pesara POLIS yang dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN)
masih menunggu pembayaran sekali RM500 daripada kerajaan. Mereka adalah anggota yang berjuang semasa fasa pertama dan kedua darurat Tanah Melayu.

Veteran tentera yang dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) telah menerima pembayaran sekali RM500. Kami juga telah mendengar dari Menteri Pertahanan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberikan elaun bulanan sebanyak RM350 ditambah sijil yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong kepada veteran tentera dengan anugerah PJM.

PESARA POLIS MEMINTA KEADILAN DALAM PERKARA INI. Tidakkah sumbangan polis dalam mempertahankan negara kita tercinta tidak bermakna? Terdapat banyak pesara polis yang berjuang untuk memenuhi pencen mereka yang sedikit, oleh itu pembayaran sekali RM500 pasti akan berguna bagi mereka.

Bagi pihak pesara polis ini, saya sangat berharap pemerintah dan Kementerian Dalam Negeri memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap perkara ini.

Rujukan: KLIK DISINI

29/08/2020

ORANG TUA NYANYOK BERBICARA IKUT NAFSU

 


TANJUNG MALIM - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tuduhan bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menjadi punca peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berhutang akibat penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) Holding Berhad di Bursa Malaysia.

 

Naijb yang juga bekas Perdana Menteri berkata, pada tahun 1996, kerajaan ketika itu membuat keputusan untuk tidak membenarkan dana kerajaan digunakan bagi membiayai Felda.

 

Menurutnya, disebabkan keadaan itu, FGV disenaraikan di Bursa Malaysia untuk mendapatkan dana bagi membiayai pelbagai program untuk peneroka Felda.

 

"Itu tak betul dari segi fakta (Najib punca peneroka berhutang). Pada tahun 1996 kerajaan membuat keputusan tidak membenarkan dana kerajaan digunakan untuk Felda. Jadi Felda tidak ada pembiayaan walhal pokok sudah semakin tua dan terpaksa ditanam semula dalam skala yang besar.

 

"Sebab itu kita terpaksa menyenaraikan FGV untuk mendapatkan dana dan digunakan untuk tanaman semula, digunakan untuk bantuan sara hidup," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Slim di sini hari ini.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Dr Mahathir dalam satu program ceramah di Felda Gunung Besout semalam bahawa hutang peneroka bertambah ketika zaman pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri.

 

Najib menjelaskan melalui dana FGV tersebut, peneroka menerima pendapatan RM1,500 sebulan dalam tempoh tanaman semula dilaksanakan.

 

Beliau turut menjelaskan dana FGV turut digunakan untuk program kebajikan seperti pembesaran rumah sebanyak RM40,000 untuk satu rumah termasuk pemberian wang tunai RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka.

 

Pada 2012, Felda membuat penyenaraian FGV di Bursa Malaysia yang menjana RM10.5 bilion.

 

Rujukan: KLIK DISINI

11/08/2020

LIM GUAN ENG BUAT LANTIKAN KHAS 30 ORANG CINA DALAM MOF

Makin lama makin banyak CERITA PASAL DAP MULA TERBONGKAR lepas dia orang dah tak ada dalam kerajaan. Baru2 ni pendedahan pasal LIM GUAN ENG masa dia jadi Menteri MOF dulu. Benda pertama yang LIM GUAN ENG buat bila jejak kaki dalam MOF adalah menubuhkan pasukan “PEGAWAI KHAS” seramai 30 orang yang dilantik oleh dia sendiri.

Kesemua 30 orang tu terdiri dari orang CINA berumur antara 20an hingga paling tua 30an dan diketuai oleh SetPol LIM GUAN ENG iaitu TONY PUAKA. Pasukan “Pegawai Khas” ni bukannya buat kerja free  tapi dibayar dengan gaji setaraf dengan Gred Gaji Jusa. Tahu ke berapa gaji Jusa? RM8,000 SAMPAI RM15,000 SEBULAN!

Tujuannya untuk dedahkan kes2 melibatkan orang UMNO, menguruskan segala aset yang diletakkan bawah MOF dan ‘tolong’ LIM GUAN ENG dalam sediakan laporan belanjawan negara yang berat sebelah kepada kaum dia. Tugasan dia orang ni jgk bercanggah dengan kerja pegawai MOF (penjawat awam bukan lantikan politik).

LIM GUAN ENG sanggup sewakan sebuah kondo mewah yang diubahsuai menjadi pejabat untuk team TONY PUAKA ni bekerja dan dirahsiakan untuk elak orang ramai tahu. Nampak betapa dahsyatnya DAP bila dia orang dh pegang kerajaan.

Dia orang tak percaya pegawai2 MOF sendiri yang kebanyakkannya orang Melayu dan buat pelantikan khas dari kaum dia untuk buat kerja2 belakang tabir demi kepentingan dia orang. Segala penjualan aset negara pun sebenarnya dirancang team ni. Banyak aset negara dijual kepada syarikat yang berpengkalan di Singapura.

Jadi tak terkejut la bila banyak aset2 Khazanah dengan Tabung Haji yang berkepentingan dekat orang Melayu kena jual oleh LIM GUAN ENG. Sebab dibelakang dia ada satu ‘team khas’ yang dibayar ratusan ribu ringgit sebulan dengan menggunakan MOF sebagai kapasiti  untuk jalankan agenda DAP dan kerja jahat mereka demi kepentingan kroni dan sahabat terdekat.

Rujukan: 


https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=230139141714113&id=123677742360254

18/07/2020

HINA JAWI: SIKAP NETIZEN CINA ‘CUKUP DAJAL, BUKAN BIADAB LAGI’

BANGI, 20 Zulkaedah 1441H, Ahad – Semua pihak sepatutnya mengalu-alukan keputusan kerajaan menjadikan hari Jumaat sebagai Hari Jawi, kata Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), PROF DATUK DR TEO KOK SEONG.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai tindakan bijak bagi terus memartabatkan tulisan Jawi yang didapati ‘kesepian’ sejak akhir-akhir ini meskipun mendapat BANTAHAN DARI GERAKAN SERTA REAKSI NEGATIF DALAM KALANGAN NETIZEN CINA.
Kok Seong berpandangan, tindak balas masyarakat bukan Melayu terutama orang Cina mengaitkan tulisan Jawi dengan agama Islam sebagai tidak berasas.
“Sementara tindakan GERAKAN pula lebih kepada meraih sokongan. Parti itu dilihat JUARA MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN CINA yang menentang tulisan Jawi ini. Ia lebih kepada tindakan politik yang dilihat sebagai pelindung kepada masyarakat Cina,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Jabatan Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan, Kempen Hari Jumaat Hari Jawi dalam usaha mengekalkan dan memperkasakan tradisi serta budaya yang membentuk Malaysia.
Rujukan: KLIK DISINI

16/07/2020

KENYATAAN KONTROVERSI KES ADIB, PEMBELA DESAK HAMID BADOR LETAK JAWATAN

KUALA LUMPUR, 23 Zulkaedah 1441H, Rabu – “ADAKAH KETUA POLIS NEGARA, TAN SRI ABDUL HAMID BADOR MAHU MENGIKUT JEJAK LANGKAH TAN SRI TOMMY THOMAS?

“Adakah dia nak membantu atau merosakkan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim? 

Demikian persoalan Naib Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat susulan kenyataan Abdul Hamid baru-baru ini yang dilihat bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner.

ABDUL HAMID MERUMUSKAN KONONNYA TIADA KETERANGAN YANG DAPAT MENGAITKAN ARWAH MUHAMMAD ADIB DIBUNUH, hanya kerana dua orang pegawai bomba yang bersama Adib pada malam kejadian mengatakan mereka tidak nampak apa yang berlaku.

Walhal, pada 27 September lalu, Koroner Rofiah Mohamad memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Ustaz Masridzi yang kesal dengan keadaan itu berkata, kini dapat dilihat kehebatan institusi undang-undang mahupun institusi keselamatan sedang menuju ke arah korupsi.

“Sebelum ini kita dapat lihat Peguam Negara telah melangkaui keputusan inkues. Kini sama juga dengan KPN sekarang. Adakah KPN nak ikut jejak langkah Peguam Negara?,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Ustaz Masridzi menegaskan, amat mustahil Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memiliki kredibiliti serta kecekapan tinggi tidak dapat menyelesaikan kes ini kerana kes pembunuhan arwah jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya pun mampu diselesaikan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...