Translate

09/08/2017

ADUN PKR KENA KENCING DENGAN DAP

ADUN PKR Kena Tipu Oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang Dengan Alasan ‘Isu Teknikal’


ADUN PKR kena tipu oleh Kerajaan Pulau Pinang dengan memberi alasan “isu teknikal” kerana tidak melakukan projek tebatan banjir di kawasannya.
Kerajaan DAP Pulau Pinang menyapu wang yang dibayar oleh pemaju yang sebenarnya bertujuan untuk banjir, simpan wang itu untuk “pengurusan aliran tunai” dan kemudiannya memberitahu ADUN itu bahawa ia adalah “isu teknikal”.
Tidak hairanlah beliau sampai menangis dalam mesyuarat DUN Pulau Pinang.
Anehnya, MBPP tidak pula mengalami masalah dana yang disekat ini – hanya MPSP.
Jika banjir berlaku lagi, Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu memberitahu mangsa bahawa mereka mengalami kesusahan akibat “isu teknikal”.

08/08/2017

JAWAPAN BODOH SEORANG NEGARAWAN ???

Kerugian Forex Mahathir Tak Tahu, Beli Kapal Selam Pun Mahathir Tak Tahu

Mahathir menjawab tuduhan terhadapnya:
Mengenai BNM kerugian US$30 bilion pada 1990-1992 “Dan mereka kalah dalam pertaruhan mereka. Bagaimana mereka kalah? Saya tidak tahu. Saya diberitahu bahawa mereka melakukan perdagangan mata wang tetapi saya tidak dimaklumkan tentang butiran dan semua itu.”

“Bank Negara membuka pejabat di London dan saya dijemput untuk membuka bilik dagangan itu. Tetapi selain itu, saya tidak tahu.”

Saya tidak ingat angka sebenar kerugian tetapi dimaklumkan ia adalah sekitar RM10 bilion.”

07/08/2017

Lim Kit Siang Sudah Nyanyuk Tempat Lahirnya Di Tongsan Pun Sudah Lupa ???

Tidak sampai beberapa jam Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang enggan menjawab persoalan di mana beliau dilahirkan, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao membidas lagi tindakan Kit Siang yang disifatkan “penakut” itu.
Dalam satu kenyataan media terbaru hari ini, Ramesh mengulas tindakan Ahli Parlimen DAP Gelang Patah itu kerana mengherdik wartawan yang bertanyakan soalan di mana dia dilahirkan dalam satu sidang media dan enggan menjawab soalan itu.
“Saya pelik kenapa ada orang boleh marah apabila ditanya di mana tempat dia dilahirkan, kenapa mahu marah? Anda sudah jadi wakil rakyat dan rakyat mahu mengenali sejarah dan salasilah hidup anda.

05/08/2017

WAK LONG NYANYOK MUNCUL LAGI

WAK LONG NYANYOK MUNCUL SEMULA NAK JADI RAJA

Secara tiba tiba orang kuat Mahathir Kuty Sanusi Junid yg pernah menjadi Menteri Pertanian dan Menteri Besar Kedah dengan idea idea kelakarnya muncul menyerang Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak sebagai membalas dendam ekoran serangan Zahid Hamidi keatas Mahathir Kuty.

WAK LONG NYANYOK @ Sanusi Junid merupakan bekas Menteri Pertanian dan MB Kedah yang paling teruk bagi saya dan penyumbang utama Kedah jatuh ketangan PAS. 

Ketika menjadi Menteri Pertanian bekas MB Kedah ini menimbulkan gelak ketawa rakyat dengan
idea idea bodohnya.

03/08/2017

MAHATHIR KUTTY JANGANLAH NAK MELENTING DAN MELATAH !!!

Isu ‘Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty’ Sudah Lama Dimainkan Pembangkang
Isu ‘Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty’ telah lama dibangkitkan penyokong pembangkang malah aktivis Hishamuddin Rais juga dalam tulisan pernah menggunakan nama berkenaan untuk merujuk kepada Dr Mahathir.
Sementara itu, rakaman video ceramah Anwar Ibrahim dan Rafizi yang pernah membangkitkan isu keturunan Dr Mahathir turut dikesan viral di media sosial sejak semalam.
Cuba tanya Mahathir dia dari mana?..(Kerala.. kerala.. kerala..India.. dijawab oleh hadirin).. ayah dia dari pada mana?” kata Anwar dipetik dari video tersebut yang direkodkan ketika beliau berceramah di Tebrau Johor pada 2013.
Mahathir ni pulak kena ingat, rekodnya rekod lidah bercabang. Kalau dia kata dia Melayu, maksudnya dia India, mamak,” kata Rafizi pula.
Isu identiti sebenar Dr Mahathir kembali mencuri perhatian umum apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan penutup mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya semalam menunjukkan salinan kad pengenalan yang memaparkan nama “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
“Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty. Orang itulah yang memperjuangkan agenda Melayu untuk mempergunakan Melayu. Bila habis madu sepah dibuang. UMNO ini sebagai madu dan kita adalah sepah yang dibuang,” katanya.

02/08/2017

Rugi tak buat kajian tentang ketum

Mengharamkan kajian ketum akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian kerana tumbuhan itu mempunyai nilai tinggi khususnya di pasaran luar negara, selain mudah ditanam.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan harus membenarkan kajian mengenai ketum bagi membolehkan potensi mengenai tumbuhan itu, khususnya dalam aspek perubatan dikembangkan.
"Kita jangan haramkan pengambilan dan eksploitasi kajian untuk ketum kerana kalau diharamkan, kita akan kerugian kerana tumbuhan bernilai tinggi ini tidak terdapat di banyak negara.
"Ketum adalah satu daripada biodiversiti, tumbuhan di negara kita yang tinggi nilainya serta mudah ditanam,” katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

01/08/2017

NAK KATA BODOH CERDIK, TAPI TAK BOLEH DIAJAR !!!

Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendapat teguran dari Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, ekoran cuba menggangu Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Datuk Seri Ismail Mohamed Said meminta supaya Kit Siang, membaca Peraturan Mesyuarat sebelum mengemukakan soalan di Dewan Rakyat.

Teguran itu dibuat selepas Kit Siang yang merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah bangkit bertanya soalan tambahan kepada Mahdzir, mengenai bilangan buku dibaca oleh semua menteri dalam masa sebulan.

Mahdzir yang dipetik BH Online, ketika mahu menjawab dicelah oleh Ismail yang berkata;

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...